Romelu Lukaku terus menjadi igauan ngeri pasukan lawan di Serie A. Semalam pemain kebangsaan Belgium itu menjaringkan dua lagi gol liga musim ini.
Sejak menyertai Inter Milan, Romelu Lukaku telah menjadi antara peledak utama di Serie A.
Dua gol berhadapan dnegan Udinese semalam dilakukan dalam tempoh tujuh minit pada separuh masa kedua.
Dua gol yang turut berjaya memberikan kemenangan sangat penting kepada Inter Milan ke atas Udinese.
Inter Milan sebelum ini keciciran mata dalam 3 perlawanan. Dan mereka tidak mahu perkara itu terus berlaku, dalam usaha mereka mahu merampas kejuaraan Serie A daripada Juventus.
Secara total, Lukaku setakat ini sudah menjaringkan 16 gol dalam aksi liga dan 20 gol dalam semua kompetisi untuk Inter Milan. Satu angka yang sangat tinggi untuk pemain yang baru merasai suasana liga baharu.
Another day, another brace for @RomeluLukaku9 💪
16 goals in 22 Serie A games for Inter ⚡ pic.twitter.com/3Z7nqaTqTF
— B/R Football (@brfootball) February 2, 2020
Bekas pemain Manchester United ini memecahkan kebuntuan pada minit ke-64. Jaringan yang sangat cantik.
Ianya bermula daripada perancangan licik oleh Nicolo Barella yang berjaya menghantar bola kepada Lukaku.
Big Rom yang memiliki ruang besar di sebelah kanan mengambil sedikit masa
yang tidak dikawal di sebelah kanan kotak penalti dan memberi masa yang cukup untuk Lukaku mengawal bola.
Beliau kemudian melakukan satu cut inside yang simple. Ketika pertahanan cuba memasang kekuda untuk bertahan, Lukaku telah menutmeg pertahanan dengan leretan bola yang melencong.
Lukaku kini sudah bagkit untuk menjadi salah satu bakat elit. Ternyata Antonio Conte punyai alasan kukuh mahukan beliau sejak di Chelsea lagi.
Beliau menunjukkan kematangan dan ketenangan di dalam permainannya. Dengan fizikal yang keras, amat sukar untuk mengawal beliau.
Romelu Lukaku's record across all competitions:
2012/13: 38 games, 17 goals
2013/14: 33 games, 16 goals
2014/15: 48 games, 20 goals
2015/16: 46 games, 25 goals
2016/17: 39 games, 26 goals
2017/18: 51 games, 27 goals
2018/19: 45 games, 15 goals
2019/20: 29 games, 20 goals— Squawka Football (@Squawka) February 2, 2020
Selain daripada Lukaku, dua lagi janda Man United yang berkelana ke Itali iaitu Ashley Young dan Alexis Sanchez juga cemerlang.
Young mencipta 82% ketepatan hantaran dalam perlawanan ini. Beliau turut melakukan aksi bertahan yang baik termasuk 1 blok.
Sanchez pula masuk sebagai pemain gantian dan memenagi penalti untuk pasukannya. Penalti yang disempurnakan oleh Romelu Lukaku untuk gol kedua beliau malam itu.
Saksikan aksi Lukaku dan rakan-rakannya di sini, dalam kemenanga 2-0 Inter ke atas Udinese di tempat lawan.
Kemenangan ini mengekalkan jarak 3 mata Inter Milan daripada Juventus yang kini berada di puncak liga.
Inter Milan sudah meledak 44 gol dan hanya bolos 18 kali buat masa ini. Conte boleh dikatakan berjaya membentuk pasukan yang mantap dalam masa yang singkat.
Conte dilantik menggantikan Spalletti pada musim ini, walaupun Spalletti membawa Inter ke UCL.
Adakah Lukaku dan rakan-rakannya akan berjaya menamatkan monopoli Juventus dalam persaingan Serie A musim ini?
Perjalanan masih lagi jauh. Dan beberapa pasukan seperti Lazio dan AS Roma juga cuba mengintai peluang untuk bersaing.