Ini bukan pertama kali Harry Maguire melakukan kesilapan yang sama. Ya, manusia tidak lari daripada kesilapan. Namun apa yang berlaku kepada Maguire ini agak rare. Di mana musim sebelum ini dia marking dan menghadang atau ter-rantai rakan sendiri sudah beberapa kali.
Antara yang pernah menjadi mangsa rantaian Maguire ke atas rakan sendiri adalah Aaron Wan Bissaka dan Luke Shaw dalam perlawanan sebelum ini.
Wan Bissaka tidak dapat bergerak langsung ketika dia ditahan Maguire dari belakang ketika aksi berdepan Southampton.
Harry Maguire appeared to be marking his own teammate when Southampton’s late equaliser went in. pic.twitter.com/f1LOR3pxsK
— ESPN UK (@ESPNUK) July 14, 2020
Seterusnya dalam aksi berdepan Spurs, Maguire menarik Luke Shaw dalam keadaan yang kucar kacir depan gol. Keana Maguire mahu mencabar Erik Lamela.
Selain itu ada juga dia beberapa kali melakukan perkara sama, namun nasib baik tidak dihukum.
Kesilapan yang sama berulang ketika aksi berdepan Bunrley. Di mana Maguire meluru ke hadapan dan dengan selamber mematikan langkah Scott McTominay.
Kecemerkapan Maguire membuatkan penyokong Man United bengang dengan ketua pasukan berharga GBP80 juta mereka itu dan mahukan dia dijual segera.
Sell Maguire. It’s not acceptable at this level.
Doesn’t even have a recovery run in him. #MUFC
— PMLEGEND™ Esq.🇯🇲👨🏾⚖️🌹🅴 (@PMLEGEND) February 8, 2022
Manchester United sebelum ini disingkirkan oleh Middlesbrough dalam saingan Piala FA walaupun melakukan 30 percubaan ke arah gol.
Rangnick sudah menekankan aspek ketumpulan di hadapan gol yang harus mereka perbaiki. Dan segalanya kelihatan benar benar positif apabila Paul Pogba menjaringkan gol pertama pada minit ke-19.
Pogba meluru masuk ke dalam kotak penalti dan menerima hantaran leret Shaw. Pogba melakukan rembatan deras yang tidak terjangkau oleh penjaga gol lawan.
Namun kisah dia masih sama secara keseluruhan 90 minit. Di mana Man United kali ini melakukan 22 percubaan ke arah gol. Dan hanya 1 sahaja yang disempurnakan.
Lebih memburukkan lagi keadaan, gol Burnley adalah berpunca daripada kesilapan Maguire yang sekali lagi merantai kawan sendiri. Keadaan itu dimanipulasi oleh Bunrley dan kemudian Jay Rodriguez menyudahkan peluangnya.
Maguire 🤣🤣🤦♂️🤦♂️ pic.twitter.com/wY1MXRlg9o
— stephen (@Stephenswall) February 8, 2022
The most expensive fridge in the world. Maguire. #BURMUN pic.twitter.com/SroJUl6CmS
— 4EverUnited (@4EverUnited) February 8, 2022
Someone said Maguire was trying to fly😭 pic.twitter.com/sdlVX6YdUh
— Magnifico (@UTDxmg) February 8, 2022
Maguire ditewaskan terlalu mudah dalam situasi tersebut. Jay Rodriguez menggunakan ketenangannya menewaskan David De Gea dengan satu sungkitan kemas.
Kredit juga kepada Wout Weghorst yang berjaya memperdaya Maguire sehingga pertahanan itu terus hilang arah.
Kontroversi VAR turut menghiasai perlawanan ini. Di mana pada separuh masa pertama, gol Varane dibatalkan kerana Maguire ofsaid selepas semakan VAR.
Raphael Varane has the ball in the net for Man Utd, but after visiting the Referee Review Area, referee Mike Dean has overturned the goal because Harry Maguire was offside in the build-up
It remains Burnley 0-0 Man Utd (15 mins)
— Premier League (@premierleague) February 8, 2022
VAR menyatakan bahawa Maguire menghadang pemain pertahanan yang mahu mencabar Varane pada situasi gol tersebut.
Please tell me what is clear and obvious about this. pic.twitter.com/bl97tvimQ9
— United Peoples TV (@UnitedPeoplesTV) February 8, 2022
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Bukan keputusan yang bagus untuk United dan ibarat kemenangan buat Burnley. Manchester United ditolak ke tangga kelima kerana West Ham menang dalam satu lagi perlawanan.
Rangnick menyatakan sebelum perlawanan bahawa mereka dengan berbesar hati berada di tangga keempat dan sangat gembira kalau menamatkan musim ini di tangga keempat. Ini kerana itu adalah slot ke UCL musim hadapan.
Selepas tamat perlawanan, Harry Maguire mengkritik persembahan pasukannya pada awal 10 minit separuh masa kedua. Dan kemudian meminta rakan rakannya agar lebih tajam di hadapan gol.
“Kamu dah tengok separuh masa pertama dan kemudian 10 minit pertama separuh masa kedua, kami tidak bermula dengan cukup baik. Kami harus memenangi perlawanan ini dan lebih tajam di hadapan gol. Semua orang tahu, dalam bola sepak, gol kedua adalah sangat penting.”
Harry Maguire: "You have seen the first half and then first ten minutes in the second half we did not start well enough. We have to win the game and be more clinical. Everyone knows in football the second goal is the crucial one." #mulive [bt]
— utdreport (@utdreport) February 8, 2022
Maguire kemudian tidak pasti kenapa pengadil membatalkan gol Varane. Kerana menurutnya dia sendiri tak pasti apa kesalahannya?
Pemain bek tengah antarabangsa England itu berkata: “Saya rasa dia berikan ofsaid. Dia cakap itu bukan foul. Mengganggu permainan? Saya tak taulah. Saya tak rasa Rodriguez akan memberikan impak kepada gol [Varane] tersebut.”
Harry Maguire on Raphaël Varane's disallowed goal: "I think he gave it offside. He said it wasn't a foul. Interfering with play, I don't know. I don't think Rodriguez would have been affecting the goal." #mulive [bt]
— utdreport (@utdreport) February 8, 2022