[VIDEO] Mahrez: Gol Itu Kerana Doa Mendy, Dan Tuhan Memakbulkannya

Manusia dengan Tuhan tidak dapat dipisahkan. Di lapangan bola sepak, pemain yang gaji berjuta pound sterling setahun pun masih terasa kerdil di sisi Tuhan sama seperti manusia yang lain.

Riyad Mahrez merakamkan penghargaan kepada rakan sepasukannya, Benjamin Mendy kerana berdoa sebelum dia melancarkan sepakan percuma ketika menentang PSG.

Menurut Mahrez, gol yang dia dapat menerusi sepakan percuma itu adalah anugerah dari Tuhan, dan Mahrez percaya bahawa doa Mendy telah dimakbulkan.

Mahrez berkata: “Ya, ya, ya, gol itu sebab Benjamin Mendy. Dia meminta dari Tuhan, dan Tuhan memberikan saya gol ini.”

PSG mendahului menerusi Marquinhos. Namun Man City bangkit dengan 2 gol selepas itu. Pertamanya menerusi gol Kevin De Bruyne. Pemain antarabangsa Belgium itu melakukan hantaran menerusi sepakan percuma yang disasarkan kepada rakannya.

Namun bola tidak dikeluarkan pemain PSG, langsung tiada siapa memintasnya, dan Navas tidak mampu memberikan refleks kepada bola tersebut.

Gol kedua Man City adalah daripada sepakan percuma Mahrez dari luar kotak penalti. Mahrez dan De Bruyne berbincang siapa yang patut mengambil.

De Bruyne mendedahkan Mahrez sendiri yang meminta tugasan itu daripadanya

De Bruyne berkata: “Dia tanya saya, kalau boleh dia nak ambil sepakan percuma itu. Saya kata, kalau dia yakin dia boleh skor, jadi dia boleh ambilnya. Saya yakin sepenuhnya dengan rakan sepasukan saya. Jadi saya biarkan dia mengambilnya dan dia skor sepakan percuma itu.”

Kesian juga dengan Jermaine Jenas yang yakin Mahrez tak akan dapat pun izin untuk melakukannya.

Mahrez menjaringkan gol dengan sepakan percuma yang mendatar. Namun benteng PSG melakukan kesilapan amatur dengan membenarkan bola melepasi celahan benteng mereka.

Selepas menjaringkan gol tersebut Mahrez berlari ke arah Mendy yang berada di luar padang sambil memanaskan badan. Mahrez memeluk erat rakannya itu tanda kesyukuran.

Selepas tamat perlawanan, Mendy mengucapkan Alhamdulillah, sebagai tanda kesyukuran.

City menang 2-1 dalam aksi di Parc des Princes. Dan semakin hampir ke final pertama mereka di dalam sejarah.

Perlawanan kedua masih ada lagi di Etihad. Mampukah PSG menterbalikkan agregat? Apa yang pasti Neymar dan Mbappe perlu mengetuai serangan PSG mendapatkan 2 gol dahulu.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil