AC Milan meraikan kemenangan ketiga berturut turut mereka di tempat lawan ke atas Cagliari. Gol cantik Ismael Bennacer berjaya memastikan AC Milan terus mencabar kejuaraan.
Namun berlaku aksi panas selepas wisel penamat. Di mana pemain AC Milan, Mike Maignan diserang dengan rasisme oleh penyokong tuan rumah. Dia turut dibaling objek dan dihamburkan kata kata kesat dan menghina warna kulitnya.
Fikayo Tomori yang mahu meraikan kemenangan bersama Maignan mendapati bahawa rakannya itu berdepan serangan rasis daripada para penyokong tuan rumah. Dan dia memeluk Mike Maignan sambil memberikan reaksi kecewa dengan tindakan penyokong Cagliari.
Tomori turut menatap seskyen peminat Cagliari yang menyerang mereka berdua dengan kata kata rasis. Tindakan Tomori itu juga membuatkan serangan rasis ke atas mereka berterusan dan menjadi semakin kuat.
Kejadian itu membuatkan pemain pemain tuan rumah tiba tiba mengerumuni Mike Maignan dan Tomori kerana merasakan dua pemain itu sedang memprovokasi penyokong mereka.
Saksikan detik itu di sini:
Milan goalkeeper Maignan & defender Tomori targeted after the match.
Pioli: “Mike told me there was racist abuse from behind the goal. Tomori also told me the same thing. It’s always sad when these things happen, nobody deserves that.”#CagliariMilan
— Sacha Pisani (@Sachk0) March 19, 2022
Begitu juga dengan beberapa media mulai melaporkan bahawa Maignan memulakan dahulu provokasi. Video ini menunjukkan Maignan cuma mengambil botol airnya. Dan kemudian dia dibaling dengan botol. Ketika dia dibaling, Maignan menunjukkan reaksinya dan kemudian penyokong mulai rasis kepadanya.
Gli hanno lanciato tutto pic.twitter.com/OmREKpmEou
— 👾 (@mmpwrry) March 19, 2022
Zlatan Ibrahimovic mempertahankan rakan rakannya itu dan bersemuka dengan pemain Cagliari.
Berlaku pertikaman lidah dan ketegangan ketika pemain kedua dua pasukan bertembung. Zlatan Ibrahimovic antara pemain yang dilihat sangat marah. Dia sedia untuk bertumbuk dengan para pemain Cagliari.
Pengurus AC Milan, Stefano Piolli dan Paulo Maldini masuk ke dalam kerumuman itu untuk meleraikan para pemain.
🎥 Ibrahimovic was also involved in the scuffle after FT whistle. Maldini also intervened pic.twitter.com/Yr6iC7XolI
— Milan Eye (@MilanEye) March 19, 2022
Keita Balde kemudian berjaya membantu menenangkan keadaan dengan kepimpinan dan diplomasinya. Walaupun dia antara pemain yang memulakan api ketegangan.
Keadaan kemudian menjadi terkawal. Dan pemain pemain kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan.
Pioli akui pemain mengadu diserang rasis
Selepas itu, pengurus AC Milan, Stefano Piolli menyatakan bahawa Maignan meluahkan kekesalannya kerana dia diserang secara rasis.
Pioli berkata: “Mike memberitahu saya, dia diserang secara rasis dari belakang gol. Tomori turut memberitahu benda yang sama. Ianya sentiasa menyedihkan melihat perkara sebegini berlaku. Tiada siapa yang berhak menerima layanan seperti itu.”
Pioli turut menyatakan bahawa Maignan selama ini tidak pernah memberikan sebarang tindak balas kepada mana mana serangan penyokong ke atasnya. Mungkin kali ini, penjaga gol tersebut merasakan bahawa tindakan penyokong Cagliari agak melampau.
Persaingan Serie A
Kemenangan tersebut memberikan AC Milan peluang lebih baik untuk merampas kejuaraan daripada jiran serta musuh tradisi mereka Inter Milan.
AC Milan kini mengutip 66 mata selepas 30 perlawanan. Diikuti Napoli dengan 63 mata – juga selepas 30 perlawnaan.
Inter Milan di tangga ketiga dengan 60 mata namun hanya beraksi 29 perlawanan setakat ini.
AC Milan dalam beberapa musim sebelum ini menjadi pencabar kejuaraan pada awal musim namun seringkali semakin tersungkur pada separuh kedua musim.
Namun kali ini mereka benar benar mahu memastikan mereka berada dalam persaingan sehingga ke hari terkahir Serie A.
Kepercayaan mereka ke atas Pioli nampaknya mungkin akan terbalas dengan habuan lumayan pada musim ini. Pioli awalnya bukan menjadi pengurus yang digemari peminat AC Milan.
Namun dia membina reputasinya dari hari ke hari. Zlatan Ibrahimovic antara pemain yang memuji pengurusan Pioli dan mendakwa, jika tidak kerana Pioli, dia tak akan beraksi atau kekal di AC Milan pada musim ini.