[VIDEO] Majlis Pengenalan Dybala Sangat Unik Dan Epik Sehingga Dia Sendiri Tergamam

Paulo Dybala telah menerima sambutan yang meriah dan luar biasa daripada peminat AS Roma pada hari Selasa.

Setelah mengucapkan selamat tinggal yang penuh emosi kepada Juventus selepas tujuh tahun pada penghujung musim lalu, Dybala kemudian dikaitkan dengan Inter Milan. Dybala sentiasa mahu terus kekal di Itali.

Bagaimanapun, dengan Inter memutuskan untuk menandatangani semula Romelu Lukaku dari Chelsea, penyerang Argentina itu terpaksa mencari tempat lain di Itali. Inter tidak mampu menanggung gaji Dybala dan Lukaku dalam satu masa yang sama.

Seterusnya, Inter masih ada Lautaro Martinez untuk digandingkan dengan Lukaku. Jadi mereka memutuskan terpaksa memilih untuk tidak meneruskan rundingan dengan Dybala.

Dan ketika itulah Jose Mourinho datang memujuknya, Dybala terus terbuka hatinya menyertai AS Roma. Mourinho adalah faktor terpenting menarik Dybala ke Roma.

‘Special One’ sedang membina semula empayarnya sendiri dengan AS Roma. Dia mahu menjadikan musim kedua sebagai musim luar biasa. Dybala dianggap pemain yang menepati segala ciri yang diperlukannya.

Oleh itu, tidaklah menghairankan untuk diperhatikan bahawa penyokong Stadio Olimpico telah mengalu-alukan Dybala – seorang lelaki dengan lima Scudetto,  – datang ke ‘Eternal City’ dengan tangan terbuka.

Sambutan pengenalan Dybala luar biasa

Sukar untuk mengingat sambutan yang lebih luar biasa daripada ini. Ianya dilakukan di dataran bandar Rome. Penyokong AS Roma dan Ultras berkumpul dan bersorak.

Kita semua ingat detik Cristiano Ronaldo diperkenalkan di dalam stadium Bernabeu satu ketika dahulu. Namun yang ini lebih sentimental. Mereka melakukannya di sekitar dataran Rom bersama dengan rakyat di sana dalam majlis terbuka kepada semua.

Menurut Football Italia, pentas untuk majlis pengenalan Dybala telah didirikan di Palazzo della Civiltà Italiana.

Beribu-ribu peminat partisan Roma berkumpul di landasan di mana rumah fesyen Fendi selalu mengadakan pertunjukannya. Elemen bola sepak, elemen bandar, budaya, ultras dan pemain bintang digabung menjadi satu.

Ibu pejabat gergasi jenama fesyen itu, yang dibina pada zaman Benito Mussolini, diterangi warna merah dan kuning yang menjadi rona majikan baharu Dybala.

Dybala kemudian melangkah dengan pakaian Roma untuk menyambut peminat yang berterusan bersorak, yang terus menyanyikan lagu kelab itu seolah-olah perlawanan besar di Stadio Olimpico akan bermula.

Dia kemudian menunjukkan gaya Dybala Mask kepada penyokong Roma.

Dybala sendiri hilang kata kata. Dia hanya mampu menikmati detik luar biasa itu dengan terpancar semangatnya untuk berjuang bersama Roma. Kelab yang signifikan dengan legenda sekati Francesco Totti.

Dybala berkata: “Hari ini, selepas menikmati perkara seperti ini, saya sedar bahawa saya sudah tak sabar untuk berlari di Stadium Olimpico di hadapan Curva Sud.”

Pertunjukan digital yang menarik juga menjadikan malam pengenalan itu dianggap antara yang terbaik.

Saksikan beberapa sedutan malam pengenalan Dybala di sini:

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang