Cristiano Ronaldo rasminya diperkenalkan kepada umum sebagai pemain baharu Al Nassr.
Seperti yang dijanjikan kelab sebelum ini, majlis pengenalan itu akan diadakan secara besar besaran seperti mana ketika Ronaldo menyertai Real Madrid, walaupun stadium mereka tidak sebesar Bernabeu.
Cristiano Ronaldo secara rasminya telah menyertai kelab Arab Saudi Al-Nassr selepas meninggalkan Manchester United dengan cara yang penuh kontroversi.
Al Nassr telag mengumumkan penandatanganan bersejarah itu pada minggu lalu.
History in the making. This is a signing that will not only inspire our club to achieve even greater success but inspire our league, our nation and future generations, boys and girls to be the best version of themselves. Welcome @Cristiano to your new home @AlNassrFC pic.twitter.com/oan7nu8NWC
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) December 30, 2022
Ronaldo menandatangani kontrak sepanjang musim panas 2025.
Al Nassr sebelum ini menjadi satu satunya pasukan yang benar benar serius menawarkan kontrak untuk Ronaldo.
Pemain itu awalnya menagguhkan dahulu rundingan dengan Al Nassr kerana fokus kepada Piala Dunia dan dikatakan masih mengutamakan kelab yang bermain di UCL.
Ronaldo dilaporkan akan menerima €200 juta setahun dalam perjanjian baharunya, Pakej itu termasuk tajaan khas.
Ini akan sekaligus menjadikan Ronaldo penerima gaji tertinggi dalam sejarah bola sepak.
👀 Cristiano Ronaldo's reported Al Nassr wages:
💰 €200,000,000 per year
💰 €16,666,666 per month
💰 €3,846,153 per week
💰 €547,945 per day
💰 €22,831 per hour
💰 €380 per minute
💰 €6.34 per second🤑 The largest salary in football history. pic.twitter.com/i2R76wyEXS
— GiveMeSport (@GiveMeSport) December 30, 2022
Selepas Jorge Mendes gagal dalam usahanya mendapatkan kelab besar bermain di UCL untuk Ronaldo, maka Ronaldo akhirnya menerima tawaran Al-Nassr.
Al-Nassr sebelum ini menerusi presidennya, berterus terang menyatakan bahawa tawaran sudah mereka kemukakan dan menantikan jawapan daripada Ronaldo. Dan mereka bersabar menantikannya.
“Saya teruja untuk mengalami liga bola sepak baharu di negara berbeza,” kata Ronaldo dalam kenyataan Al-Nassr yang mengumumkan perjanjian itu.
“Visi tentang apa yang dilakukan dan dibangunkan oleh Al Nassr di Arab Saudi sama ada dari segi bola sepak lelaki dan wanita sangat memberikan inspirasi.”
“Kita dapat lihat daripada prestasi Arab Saudi di Piala Dunia baru-baru ini bahawa ini adalah sebuah negara yang mempunyai cita-cita bola sepak yang besar dan banyak lagi potensi.”
“Saya bertuah kerana saya telah memenangi segala-galanya yang saya impikan untuk menang dalam bola sepak Eropah dan merasakan sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman saya di Asia.”
“Saya sudah tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan saya yang baru dan bersama-sama mereka untuk membantu kelab untuk mencapai kejayaan.”
Ronaldo mendesak untuk keluar dari Old Trafford bulan lalu, dan menamatkan kontraknya atas persetujuan bersama, berikutan temu bual TV yang menimbulkan kontroversi.
🚨 OFFICIAL: Cristiano Ronaldo joins Al Nassr, here we go! Contract valid until 2025 🇵🇹🇸🇦 #Ronaldo pic.twitter.com/HB562KnaTf
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 30, 2022
Al-Nassr, yang berpangkalan di Riyadh, bermain dalam Liga Pro Saudi dan merupakan pasukan kedua paling banyak memenangi liga di negara tersebut.
“Ini lebih daripada sejarah dalam pembikinan,” tambah presiden Al-Nassr Musalli Almuammar.
“Ini adalah penandandatangan yang bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada kelab kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar tetapi memberi inspirasi kepada liga kami, negara dan generasi akan datang, lelaki dan wanita untuk menjadi versi terbaik diri mereka.”
“Beliau adalah pemain bola sepak yang istimewa dan orang istimewa yang impaknya dirasai jauh melebihi bola sepak.”
“Cristiano menyertai kelab yang mempunyai cita-cita besar, sebuah kelab yang kompetitif serta antara yang terbaik di Asia dan akan dialu-alukan ke negara yang membuat kemajuan besar di luar padang dengan peluang untuk semua.”
“Tetapi pertama sekali, kami tidak sabar untuk melihatnya dalam jersi nombor 7 Al Nassr dan melakukan yang terbaik, menjaringkan gol, memenangi gelaran dan membawa kegembiraan kepada mereka yang menyukai permainan yang indah.”
Yes @Cristiano, yellow suits you well! 💛 pic.twitter.com/FCUqgsBFqv
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) January 3, 2023
Setelah beberapa hari menunggu, akhirnya peminat Al Nassr menikmati sendiri detik pengenalan Cristiano Ronaldo.
Stadium berkapasiti 25,000 yang penuh sesak itu meletus apabila Ronaldo, yang memakai kit kuning dan biru Al Nassr, berjalan di atas padang, memberi tabik hormat kepada orang ramai ketika bunga api dan lampu limpah berkelip di sekelilingnya.
Teman wanitanya Georgina Rodriguez, memakai abaya hitam tradisional atau jubah penutup yang dipakai oleh kebanyakan wanita Saudi, mengikut dari jauh bersama anak-anak Ronaldo.
“Saya seorang pemain yang unik. Ia bagus untuk datang ke sini, saya memecahkan semua rekod di sana (di Eropah) dan saya mahu memecahkan beberapa rekod di sini,” kata Ronaldo sebelum ini.
“Saya datang ke sini untuk menang, bermain, menikmati, menjadi sebahagian daripada kejayaan negara dan budaya negara,” tambahnya.
Cristiano Ronaldo arrives in Saudi Arabia with his new team Al-Nassr pic.twitter.com/RFvttxDshN
— Daily Loud (@DailyLoud) January 3, 2023
Majlis pengenalan Ronaldo sahaja sudah mampu menarik 3 billion tontonan di seluruh dunia menerusi 40 saluran yang menyiarkannya.
🚨 The presentation ceremony of legend Cristiano Ronaldo reached 3 billion views on 40 channels around the world today 😰💛 pic.twitter.com/4B6LxIlTMz
— CR7 Portugal (@CR7_PORFC) January 3, 2023
Ronaldo menyatakan bahawa tugasannya di Eropah sudah selesai. Sudah tiba masanya mencari cabaran baharu di Asia.