Video: Malam Isnin Ini Arsenal Lawan Leeds, Imbas Gol Raja Henry Dalam Perlawanan Ini

Malam ini (awal pagi s
Selasa waktu Malaysia), Arsenal akan berhadapan dengan Leeds United dalam saingan Piala FA.

Terus saya teringat gol Theirry Henry dalam aksi Piala FA 2012 menentang Leeds.

Sebenarnya, Thierry Henry dan jaringan gol ni bukanlah benda yang ajaib sangat, terutama kali gol seperti itu.

Tetapi ianya ada nilai sentimental yang kuat. King Thierry ketika itu dalam fasa akhir kariernya.

Beliau menyertai Arsenal secara pinjaman dari New York Red Bulls. Henry berada di bangku simpanan.

Dan kemudian Arsene Wenger memberikan peluang kepada legenda hidup Arsenal itu beraksi dan menunjukkan apa yang beliau masih miliki.

Henry dimasukkan pada babak akhir perlawanan menggantikn Marouane Chamakh.

Kemasukan Henry disambut dengan riang gembira di Emirates. Baginda raja Henry adalah legenda. Kadangkala kisah legendanya seperti satu mitos.

King Henry diundi sebagai pemain terhebat dalam sejarah The Gunner pada 2008.

Mikel Arteta turut berada di dalam padang ketika aksi itu.

Sumbangan pertama Henry adalah ofsaid.

Memang minggu itu minggu otai kembali semula ke dalam pasukan. Paul Scholes keluar dari persaraan dan membantu United menang 3-2 ke atas Manchester City.

Arsenal buntu mencari gol kemenangan. Mereka mendominasi perlawanan dan bertenaga sepanjang perlawanan.

Thierry Henry merupakan pemain yang sangat banyak menyelamatkan Arsenal ataupun memberikan kemenangan kepada Arsenal jika diperlukan. Tak terkira!

Henry kemudian melakukan satu larian yang cantik dari belakang pertahanan.

Henry mengawal bola dengan sentuhan pertama dan mencipta satu ruang terbaik untuk dirinya melakukan rembatan.

Henry kemudian melakukan satu rembatan yang melencong. Tipikal gol Henry. Sesedap rasa dan tak deras.

Jaringan pada lewat perlawanan itu memberikan Arsenal kemenangan dan mara ke pusingan ke-4.

Henry kembali meraikan gol beliau di hadapan penyokong Arsenal. Beliau berlari ke seksyen penyokong dengan girangnya.

Ketajaman beliau memang orang kata ‘razor sharp’. Singa, walaupun tua, masih ada cakarannya. Itulah gambaran kepada Henry, pemain yang memiliki tugu khas di luar Emirates.

Henry seperti mengajar para pemain lain cara untuk menjaringkan gol pada malam itu.

Menunggu di tempat yang tepat, kemudian melakukan kawalan kemas. Tidak perlu melakukan sentuhan tambahan, hanya perlu merembat ke gawang apabila ada peluang.

Arsenal akan berhadapan dengan Leeds dalam saingan Piala FA musim ini dalam pusingan ketiga.

Dan sekali lagi kedua – duanya diundi beraksi di Emirates. Jaringan Thierry Henry itu pastinya diingati penyokong kedua dua pasukan.

Mampukah Arsenal meneruskan rentak kemenangan mereka pada aksi malam ini selepas kemenangan ke atas Manchester United?

Arsenal kini berada dalam mood yang terbaik untuk berhadapan dengan pasukan lawan.

Arsenal akan berhadapan dengan pasukan bimbingan Marcelo Bielsa. Jadi sudah pasti Arteta banyak informasi tentang taktikal pengurus itu.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa