Marc Marquez terlibat dalam satu lagi kontroversi menunggang secara berbahaya. Kali ini rookie Jorge Martin tidak dapat berselindung bahawa beliau sangat kecewa dengan juara dunia 8 kali itu.
Selepas tamat perlumbaan, Marc Marquez terus pergi ke bilik operasi Pramac Ducati untuk meminta maaf di atas aksi berisikonya ketika memintas Martin dalam pusingan pembukaan MotoGP Britain di Litar Silverstone pada ahad.
Martin terkejut dengan cara tunggangan Marquez yang membuatkan ada kontak dengan pelumba bernombor #93 itu.
Selepas kontak pertama Marquez kemudian cuba memintas dari bahagian dalam dan akhirnya kedua dua pelumba gagal menamatkan perlumbaan tersebut selepas tindakan Marquez membuatkan kedua duanya kemalangan.
Fabio Quartararo menjadi pemenang.
The championship stretches out of reach a little further! 👀@FabioQ20 extends his lead to 65! 👏#BritishGP 🇬🇧 pic.twitter.com/FzkpDXLSsU
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) August 29, 2021
Kontroversi tindakan Marquez itu benar benar membuatkan Jorge Martin kecewa. Marquez sendiri mengakui dia kesal dengan kesilapannya.
Selepas tamat perlumbaan Marquez berkata: “Saya kesal dan nak minta maaf kepada Martin dan pasukannya. Ianya benar benar salah saya sepenuhnya. Saya terlalu yakin saya akan dapat memintas masa itu.”
“Memang situasi agak pelik kerana Quartararo dan Martin berada di kawasan sangat lebar dan saya menjangkakan Martin akan lebih ke bahagian luar.”
“Saya bersiap sedia di selekoh dan memecut lurus kerana saya tidak sempat menukar ke gear tiga. Perkiraan saya kali ini silap. Memang salah saya sepenuhnya. Ianya berlaku pada pusingan pertama. Sikap terlalu optimis saya adalah satu kesilapan. Dan saya meminta maaf kepada Martin.”
Martin yang setakat ini cuma bermula 8 kali dalam MotoGP kecewa dan mengingatkan bahawa: “Boleh je nak rosakkan race sendiri, tetapi jangan sampai rosakkan perlumbaan orang lain.”
Martin berharap Marquez akan mengambil iktibar kejadian itu dan belajar untuk memperbaiki dirinya.
“Ye, kamu boleh tengok sendiri rakaman video kan. Agak kecewa hari ini, kerana saya tadi sangat yakin saya berada dalam landasan yang sangat bagus untuk podium.”
“Saya berada di bahagian dalam dan saya merasakan ada kontak…. apa apa je la. Ini adalah perlumbaan. Kita tunggu je la race seterusnya.”
“Akhirnya dia datang kepada saya dan memintaa maaf. Itu sikap yang sangat baik dari pihaknya. Dia merosakkan perlumbaan saya hari ini, itu adalah masalah utamanya.”
“Dia boleh rosakkan perlumbaan diri sendiri tetapi janganlah rosakkan perlumbaan orang lain.”
“Jelas sekali dia gagal membuat perkiraan yang betul, kerana dia ingat dia boleh menyelit pada ruang itu dan sebenarnya tidak ada ruang pun.”
“Saya harap dia belajarlah daripada perkara ini, perbaiki diri di masa akan datang.”
Martin tidak mahu mengulas lanjut tentang penalti ke atas Marquez. Kerana wartawan mahu tahu sama ada pelumba itu akan mendesak MotoGP mengenakan tindakan ke atas Marquez.
Martin berkata: “Saya tak tahu la kenapa dia buat macam tu ketika dia nak memintas. Sebenarnya dia boleh memecut kerana dia dah berada di dalam. Saya tak faham kenapa tiba tiba dia melebar ke tepi dan menolak saya keluar.”
“Ini je perkara yang saya tak begitu faham. Pasal penalti tu, itu bukan urusan saya yang tentukan.”