Pemilik pasukan Moto3 telah menyelar tingkah laku “tidak boleh diterima” dua mekaniknya sendiri. Di mana dua mekanik itu disahkan akan digantung untuk dua perlumbaan kerana mengganggu motosikal pesaing mereka.
Ketika pelumba Tech3 KTM, Adrian Fernandez cuba untuk meninggalkan pit pada bahagian kedua kelayakan untuk Grand Prix Moto3 Aragon di timur Sepanyol. Tiba tiba dua mekanik dari Max Racing Team – milik Max Biaggi – kelihatan menarik motosikal Fernandez untuk menghalangnya meninggalkan pit .
Akibatnya, Fernandez menghentikan motosikalnya dan terpaksa bermula semula.
Kedua-dua mekanik Pasukan Max Racing masing-masing telah dikenakan larangan dua perlumbaan kerana insiden itu.
Dalam perlumbaan kereta, pemandu sering mencari trek yang jelas dalam kelayakan untuk memaksimumkan downforce.
Tetapi disebabkan kuasa motosikal Moto3 yang rendah dan bergantung pada cengkaman mekanikal berbanding cengkaman aerodinamik, penunggang motosikal sering mengikuti belakang satu sama lain dalam kelayakan untuk mengambil aliran gelincir [slipstream].
Mekanik, mungkin marah dengan Fernandez yang cuba menggunakan slipstream di belakang kedua dua pelumba mereka, dan kemudian memutuskan sendiri – bukan arahan pasukan – untuk menggaggu Fernandez.
Dalam satu kenyataan, steward MotoGP berkata kedua-dua mekanik itu “didapati mengganggu dan melakukan sentuhan ke atas motosikal dan penunggang pasukan lain dengan cara yang agresif dan berbahaya”
Kedua-duanya didenda di bawah $3000 dan dikenakan sekatan daripada terlibat dua perlumbaan untuk Grand Prix Australia di Phillip Island dan Grand Prix Malaysia di Sepang.
It gets crazier the more you watch it 🤯
This was the moment in #Moto3 Q2 that saw 2 mechanics slapped with a 2 race ban 💥#AragonGP 🏁 pic.twitter.com/NCUGDbO5al
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) September 17, 2022
Ramai peminat menganggap hukuman itu terlalu ringan, kalau setakat 2 perlumbaan dan dendan bawah USD3000.
Bos mekanik pasukan mereka, yang merupakan bekas Juara Superbike Dunia Max Biaggi, berkata dua kakitangannya kedua-duanya akan dihukum melebihi hukuman yang ditetapkan oleh MotoGP.
“Ia jelas bagi saya – saya berada di sana… saya tidak perasan kerana ia berlaku sangat pantas, saya perasan apabila seseorang menghantar tweet itu kepada saya,” kata legenda dari Itali itu kepada The Race.
“Saya dah tengok. Saya terus pergi mendapatkan mereka kerana saya mahu bercakap dengan mekanik apa yang berlaku. Mereka bercakap tak jelas (berbisik)… kenapa? Ini adalah perkara yang sukar dipercayai.”
“Saya pergi ke Tech3 dan saya bertanya apa yang berlaku. Mereka menjelaskan kepada saya. Saya minta maaf kepada mereka, dan saya katakan ini tidak boleh diterima. Lepas ni saya akan mengambil beberapa tindakan berat ke atas mereka.”
“Jadi, dari pandangan saya, ia kelakuan yang tidak boleh diterima dalam mana-mana aspek, mana-mana kelas, apa sahaja.”
“(Walaupun badan induk) Dorna atau IRTA akan mengambil tindakan, saya tidak tahu, sama ada mereka menghukum entah bagaimana… Saya akan lakukan dan ambil tindakan sendiri dalam pasukan. Akan ada hukuman untuk kelakuan tidak ada semangat kesukanan seperti itu.”
“Saya tak nak terima sebarang alasan sama ada mereka sengaja atau tidak. Perkara itu sudah jelas sekali pada saya, ianya tidak boleh diterima.”
Menerusi Tweet beliau Max Biaggi berkata:
“Kelakuan yang tidak boleh diterima. Kami secara terbuka memohon maaf kepada Tech3 Racing Team dan Adrian Fernandez. Kelakuan yang tidak diminta dan berbahaya yang tidak boleh dibela atas apa jua alasannya oleh kod etika kami.”
“Mereka yang bertanggungjawab akan dihukum dengan setimpal.”
Unacceptable behavior!
We publicly apologize to the Tech3 Racing Team and Adriàn Fernàndez.
An unsolicited, dangerous action that cannot be justified in any way by our code of ethics!
Those responsible will be appropriately punished. https://t.co/Hia5Usr3U0— Max Biaggi (@maxbiaggi) September 17, 2022
Bos Tech3, Herve Poncharal berkata, dia terkejut apabila ditunjukkan rakaman itu dan menganggapnya taktik kotor yang tidak dapat diterima.
Poncharal hairan kenapa 2 mekanik tersebut sakit hati dengan pelumba lain yang mahu mengikuti pelumba mereka dari belakang untuk mengambil slipstream kerana ianya sudah biasa berlaku dalam perlumbaan motosikal.
Poncaral berkata: “Mereka selalu mengikuti satu sama lain. Memang ini caranya permainan ini. Ianya tiada dalam peraturan tetapi ini sudah dilakukan mereka selama ini.”
“Rasanya inilah pertama kalinya saya menyaksikan sesuatu seperti ini. Ianya seperti aksi kotor dalam bola sepak dan kamu tengok semula rakaman ulang tayang. Rasanya ada beberapa orang yang menonton tidak mahu perkara ini berulang lagi.”
“Semakin kamu fokus kepadanya semakin ramai orang akan menyedari bahawa ianya kelakuan kotor.”