Semalam pemain muda sensasi, Kylian Mbappe hampir menjaringkan gol cantik dan luar biasa, dari kotak penalti menerusi teknik rabona.
Bagi korang yang tak tau rabona menatang apa?
Rabona / rabona Flick ini adalah satu teknik dimana kaki akan cuba untuk melakukan sepakan secara bersilang dari belakang.
Ianya fancy trick yang digunakan sama ada untuk menghantar atau merembat bola.
Teknik ini memerlukan kejituan dan juga kemampuan untuk berada dalam posisi badan yang terbaik ketika melakukannya.
Jika tidak ianya akan mendedahkan bermain dengan risiko kecederaan.
Rabona adalah teknik yang diasaskan oleh Ricardo Infante pada 1948. Beliau menggunakan teknik tersebut menutup kelemahan kaki sebelahnya yang ‘mati’ ketika menyepak bola dengan rabona.
Tetapi selepas itu skil itu semakin fancy. Korang pun mesti pernah try buat kan?
Mbappe hampir skor dengan rabona
Dalam aksi suku akhir Piala Perancis, di antara PSG menentang St Etienne, Kylian Mbappe melakukan satu percubaan agak licik untuk menjaringkan gol dengan teknik rabona dari luar kotak penalti.
PSG membelasah St Etienne 6-1 di dalam perlawanan tersebut.
Dan hampir sahaja Kylian Mbappe menjadikan kedudukan 7-1 pada malam semalam.
Rabona yang dilakukan oleh Kylian Mbappe telah melencong ke bahagian kanan penjaga gol lawan yang sudah tertewas.
Namun sayang sekali percubaan itu sedikit tersasar pada fasa akhir gerakan bola.
Ianya bermula daripada satu gerakan serangan balas oleh PSG yang cuba memecahkan pertahanan lawan dengan kepantasan.
Hantaran Edinson Cavani telah dibiarkan oleh Neymar yang melakukan dummmy supaya bola terus bergolak kepada Kylian Mbappe.
Bola itu agak sedikit ke belakang dan ketika itu, Mbappe agak ke hadapan.
Lalu Mbappe memutuskan untuk menggunakan teknik rabona ketika melihat penjaga gol sudah sikit naik dan lari daripada kedudukan terbaiknya.
Memang lawa kalau masuk. Ia memang material untuk pencalonan puskas sekiranya masuk.
Nah korang layan di sini:
Cantik bukan?
Lucida follia 😍
— Pietro Balzano Prota (@PBPcalcio) January 8, 2020
Mbappe merupakan pemain remaja termahal dalam sejarah bola sepak dunia setakat ini.
Beliau dibeli oleh PSG dari AS Monaco dengan nilai keseluruhan sekitar €180 juta.
Dalam usianya yang masih muda, beliau sudah menjadi pemain utama negaranya Perancis.
Mbappe adalah bintang utama pasukan PSG sejak hari pertama menyertai pasukan tersebut.
Beliau juga merupakan bintang besar di dalam pasukan Perancis.
Antara sumbangan terbesar beliau kepada pasukan negaranya adalah jika menyarung jersi Les Bleudls dalam kempen Piala Dunia 2018.
Ketika itu beliau membantu Perancis menjadi Juara Dunia buat kali kedua di dalam sejarah mereka.
Kualiti permainan beliau yang sangat baik membuatkan beliau sering kali dikaitkan dengan pasukan-pasukan gergasi di Eropah setiap kali jendela perpindahan dibuka.
Namun agak sukar untuk pasukan-pasukan lain membelinya kerana harga pasaran yang terlalu tinggi untuk pemain seperti beliau.
Ini dutambah lagi dengan umurnya masih muda. Ini bermaksud beliau masih Mereka banyak potensi untuk membangun.