[VIDEO] McGregor Koyak Dan Simbah MGK Di Red Carpet

Conor McGregor dan Machine Gun Kelly (MGK) terpaksa dileraikan selepas kedua duanya terlibat dalam pergaduhan ketika red carpet anugerah MTV Video Music Awards.

Menurut laporan TMZ, McGregor pada awalnya meminta untuk bergambar dengan MGK, namun rappers itu enggan. Keadaan menjadi panas apabila Kelly dikatakan menolak McGregor sehingga petarung UFC itu terjatuh dan airnya tertumpah.

McGregor yang masih berjalan menggunakan tongkat, kerana kakinya masih belum sembuh sepenuhnya selepas dibelasah oleh Poirier sebelum ini.

Kaki McGregor masih sakit menyukarkannya untuk menstabilkan badannya. Lalu dia bengang dan menyimbah MGK dengan membaling sekali cawan.

Jurucakap McGregor menafikan bahawa McGregor meminta untuk bergambar dengan MGK. Malah McGregor sendiri menyatakan dia tak kenal pun MGK, cuma kenal Megan Fox sahaja – awek kepada MGK.

Kenyataan pihak McGregor berbunyi: “Conor McGregor tidak minta bergambar dengan sesiapapun atau mencetuskan insiden itu. Dia tak kenal pun Machine Gun Kelly, dan satu lagi fakta, MGK ada datang ke acara pertarungan McGregor Julai lalu.”

McGregor kemudian tampil dengan kenyataan peribadinya. Dia berkata: “Tidak ada apa apa yang berlaku. Saya tak akan bertumbuk dengan budak budak macam dia. Saya cuma bertumbuk dengan petarung sebenar bukannya rappers ais vanila macam tu.”

“Saya malah tak kenal siapa mamat tu, tak tahu langsung pasal dia, cuma tahu dia bersama Megan Fox.”

Ini adalah detik di mana Conor sangat bengang dan bertindak agresif.

MGK kemudian memberikan reaksi ini ketika diminta mengulas insiden itu:

Nampaknya Conor harus kembali fokus sepenuhnya kepada UFC berbanding dengan cuba menjadi selebriti.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di