[VIDEO] McGregor Puji ‘Soccer Kick’ Petarung Ini: “Ini Barulah Bukan Skil Sampah”

Jarang sekali Conor McGregor memuji teknik petarung lain kerana egonya. Namun kali ini, petarung UFC dari Ireland itu memuji skil pemusnah Khalil Rountree dalam aksi UFC Vegas 50.

Rountree mencatatkan kemenangan kedua berturut turutnya selepas menewaskan of Karl Robertson dengan KO pada pusingan kedua.

Cara Rountree melancarkan sepakan ala pemain bola sepak ke atas badan lawannya menarik perhatian McGregor. Dia menganggap itu adalah inovasi yang harus dipuji berbanding dengan banyak skil sampah dalam UFC yang digunakan secara berulang ulang.

Petarung light-heavyweight membuatkan Robertson hanya mampu menahan sepakan bola sepak Rountree di rusuknya dan kelihatan hanya berserah.

Robertson tidak mampu berbuat apa apa dan sudah jelas sekali pengadil memberikan kemenangan kepada Khalil Roundree dengan KO di pusingan kedua.

McGregor menganggap teknik tersebut sangat jarang sekali digunakan di dalam octagon.

McGregor berkata: “Satu sepakan bola sepak pada masa yang sangat cantik untuk menjatuhkan lawan. Satu gerakan sah yang sangat jarang digunakan [dalam UFC].”

“Seronok melihat [akhirnya] ada juga sesuatu inovasi sekali lagi, selaon daripada melihat [skil] sampah yang dah biasa kita tengok, lagi dan lagi.”

Roundtree kini mencatakan rekod 6-5 dalam UFC, dan 10-5 secara keseluruhan dalam karier MMA beliau. Dia masih belum berada dalam ranking lagi, namun prestasi cemerlangnya dalam dua perlawanan terakhir membuatkan tumpuan mulai terarah keapdanya.

Roundtree menangis ketika berucap selepas kemenangannya. Di mana dia menjelaskan bahawa dia berharap kemenangannya kali ini akan menjadi inspirasi kepada mereka yang memikirkan diri mereka sudah tidak ada harapan dalam hidup, seperti mana yang dia lalui sebelum ini.

Roundree menyatakan dia pernah pokai dan akhirnya bertekad untuk mengubah nasibnya dengan masuk ke gelanggang MMA.

Roundtree berkata: “Sebenarnya, ketika saya menjadi lelaki 300 paun tanpa harapan atau impian atau satu dolar dalam poket saya, melangkah ke gym MMA untuk cuba mengubah hidup saya”

Roundtree berharap dia akan terus mendapat kad pertandingan yang bagus di masa akan datang. Dan menyatakan bahawa dia harus sentiasa bekerja keras seperti biasa dan terus belajar.

Kerana kemenangan ini bukan pengakhiran ataupun kejayaan mutlak.

 

McGregor merupakan atlet UFC paling popular. Secara tak langsung dia memberikan publisiti dan kesedaran kepada orang ramai tentang bakat Roundree. McGregor yang baru pulih daripada kecederaan, sedang bersedia untuk kepulangan semula ke octagon pada musim panas.

Petarung dari Ireland itu patah kaki di UFC 264 Julai lalu tetapi telah menyatakan bahawa dia berniat untuk kembali sepenuhnya ke oktagon. Malah sebelum ini dia menyatakan dia terpaksa meninggalkan tabiat minum araknya dan fokus kembali ke gym sekali lagi.

McGregor nampaknya hanya memikirkan UFC berbanding dengan cadangan untuk menyertai WWE.

Beberapa bulan lalu, bintang mega WWE, John Cena telah menyatakan yang beliau percaya Conor McGregor bakal menjadi penambahan yang menakjubkan andai petarung dari Ireland itu berminat untuk bertukar gelanggang.

Cena percaya McGregor akan mampu bersinar dan berjaya andai beliau berminat untuk ceburi dunia gusti profesional selepas ini.

Selepas berjaya dalam dunia gusti profesional, Cena cemerlang mencipta nama dalam dunia Hollywood dan menjadikan namanya antara bintang hiburan terbesar di dunia.

Walau bagaimanapun, dalam satu temu bualnya baru-baru ini, Cena mendakwa yang beliau rasa dirinya masih sama seperti semua orang di muka bumi ini, seorang peminat.

Dan sebagai peminat, beliau sangat teringin untuk melihat Conor McGregor berhijrah dari UFC ke WWE dan menjadi bintang dalam dunia gusti profesional.

Bercakap dalam Dan Patrick podcast, beliau mendakwa yang McGregor bakal menjadi bintang yang sungguh menakjubkan di WWE.

“Dia akan jadi bintang yang menakjubkan. Dia adalah apa yang kami lakukan. (Gusti adalah) satu hal yang sedikit sukar untuk diramal.”

Jelas Cena.

“Kejutan kalau dia bersama kami adalah membuat kemunculan secara rawak dan diberikan kebebasan untuk memilih cara kita suka.”

“kejutan mereka pula adalah patah beberapa gigi atau perlu jalani pembedahan. Tapi saya tidak kata yang hal itu tidak berlaku pada kami, tapi dalam bidang dia, ia bukan kesilapan.”

Cena memaksudkan yang kecederaan berat mungkin boleh berlaku di WWE namun ia hanya berlaku andai ada kesilapan dari para penggusti.

Baca yang lain