[VIDEO] Media Antarabangsa Puas Hati Tengok Petarung Malaysia Ajar Lawan Bidap

Petarung MMA Malaysia, Johan Ghazali memastikan lawannya serta-merta menyesali perbuatannya yang kuat menganjing.

Petarung dari Thailand, Sor Jor Piek menjelirkan lidah kepadanya berkali kali.

Namun Johan tidak termakan atau terpengaruh langsung dengan tindakan bodoh itu sebaliknya kelihatan benar benar fokus.

Kemudian, Johan Ghazali melakukan KO yang digelar ‘kejam’ oleh talkSPORT.

Petarung berusia 16 tahun itu menentang Tai Sor Jor Piek Uthai dalam pertarungan Muay Thai pada malam Jumaat, tetapi ia tidak bertahan lama.

Uthai mengejek lawannya yang berusia 16 tahun dengan menjelirkan lidah

Dalam pusingan ketiga, setiap kali Johan cuba menumbuk Uthai, dia akan menjelirkan lidahnya, menyindir Johan Ghazali seolah-olah kuasa tumbukannya tidak memberi kesan.

Tetapi kemudian, Johan Ghazali memastikan lawannya merasai kuasa tumbukan padu ketika dia mendaratkan gabungan hook kiri yang ganas.

Uthai segera rebah ke atas kanvas dan dia tidak dapat kembali berdiri, lalu pengadil melambai dari pertarungan.

Keraian liar dilakukan Johan Ghazali, ketika dia dan jurulatihnya berguling-guling di atas lantai sambil berpelukan.

Jelas sekali media seperti talkSPORT turut berpuas hati melihat Johan Ghazali mengajar sikit petarung yang biadap itu.

Ramai yang mengikuti perkembangan karier Johan Ghazali pada masa ini. Mereka menganggap petarung remaja itu sebagai antara prospek cerah dengan kuasa tumbukan luar biasa.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil