Marc Marquez mengatakan bahawa dia “bermimpi begitu lama” mengenai kemunculan semula di Grand Prix MotoGP. Kerana pada satu ketika dia sempat kesedihan memikirkan kemungkinan tidak akan dapat berlumba lagi.
Hujung minggu lalu, Marquez kembali semula ke MotoGP Portugal dan emosinya memuncak, tidak dapat dikawal ketika dia menamatkan perlumbaan di tanggan ketujuh.
Bukan sedih kerana kalah, kerana itu tangisan kegembiraan. Krew Honda memberikan tepukan tahniah kepada Marquez yang berjaya menamatkan perlumbaan pada hari pertama kemunculan semulanya selepas 9 bulan berehat kerana kecederaan di lengannya. Kecederaan yang membuatkan beliau hanya beraksi dalam beberapa pusingan awal sahaja musim 2020.
Juara dunia 6 kali kelas premium motoGP itu berjaya kembali ke litar di Portimao.
Marquez menamatkan perlumbaan 13 saat di belakang Fabio Quartararo selaku juara. Marquez melabel perlumbaan Portimao sebagai “langkah terbesar dalam pemulihan beliau” dan tidak dapat menahan emosinya.
“Tentu saja, emosi adalah kata yang paling tepat. Saya jenis orang yang suka menyimpan emosi di dalam, tetapi ketika saya tiba di dalam box ini, dengan semua mekanik saya, saya ‘meletus’ dan saya tidak dapat mengawal emosi.”
Great to see this level of emotion after @marcmarquez93’s #MotoGP return! 👏#PortugueseGP #MarcMarquez pic.twitter.com/xQBfi5cRH5
— Autosport (@autosport) April 18, 2021
“[Ini] sudah lama saya impikan hari ini, menamatkan perlumbaan MotoGP dan ini adalah langkah terbesar dalam pemulihan saya, dan merasa lagi [menjadi] pelumba MotoGP adalah impian saya dan itulah yang saya buat hari ini.”
“Jadi, ketika saya tiba di dalam kotak [ruang], sudah tentu saya mencuba dan saya keletihan.”
“Tetapi itu adalah ledakan emosi yang tidak dapat saya kendalikan, tetapi sangat bagus.”
WHAT. AN. EFFORT. 👏👏👏@marcmarquez93 never leaves anything on track. #MarcIsBack pic.twitter.com/BsRMnlVbgf
— Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) April 18, 2021
Marquez mengatakan pusingan awal sukar kerana dia bergelut untuk mengawal motosikalnya kerana lengannya semakin sakit.
“Mungkin yang paling sukar adalah pusingan pertama kerana saya tidak berada di tempat terbaik,” tambahnya.
“Anda tahu di sekolah ketika anda bermain bola sepak dengan orang yang lebih tua, mereka mengatasi anda sesuka hati mereka.”
“Jadi, pada pusingan pertama saya tidak merasa seperti berada di kedudukan saya dahulu, saya tidak mempunyai kecepatan, saya tidak dapat mengawal motosikal dan kemudian semua orang mulai mengalahkan saya.”
“Tetapi ketika itu saya tenang, tidak melawannya dan cuba mencari tempat dan sebaik sahaja saya mendapat tempat itu, saya mula meningkatkan rentak saya selangkah demi selangkah dan saya dapat melakukan pusingan terbaik peribadi saya pada akhir perlumbaan.”
“Pada akhirnya saya berasa lebih baik dan saya cuba memintas [Aleix] Espargaro sekali lagi, tetapi tiba-tiba badan saya berkata ‘sekarang ia bermula di sini’.”
“Enam pusingan terakhir saya hanya duduk di atas motosikal untuk menyelesaikan perlumbaan. Tetapi yang paling penting adalah menamatkan perlumbaan.”
“Dan jika kita periksa, untuk menamatkan perlumbaan hanya 13 saat di belakang Quartararo, ini adalah sesuatu yang luar biasa.”