[VIDEO] Mengejutkan! Bini Thiago Silva Kutuk Werner Main Macam Cacing Di IG Post

Entah apa agaknya reaksi Timo Werner dan Thiago Silva. Ini apabila isteri Thiago Silva dengan terang terangan menyerang Werner menerusi video instagramnya.

Penyerang Chelsea Timo Werner telah dikritik oleh isteri rakan sepasukan Thiago Silva berikutan prestasi buruk di depan gawang vs Real Madrid.

Dalam aksi berhadapan dengan Real Madrid semalam, Werner melakukan satu lagi big miss. Di mana beliau melakukan tap in lemah yang berjaya diselamatkan oleh Courtois.

Bermula daripada satu serangan balas, Chelsea mewujudkan situasi yang baik. Mason Mount melencongkan bola ke dalam gawang gol, tetapi terbias pada pemain Real Madrid.

Pulisic kemudian dengan tenang menanduk untuk set up bola kepada Werner. Malangnya, Werner tidak dapat menyempurnakannya.

Reaksi Pulisic menceritakan segala galanya, betapa pemain itu tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya.

Di mana Werner seharusnya menjaringkan gol tersebut dengan mudah sebagai pemain berkelas dunia.

Penyerang Jerman itu mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol ketika seri 1-1, dengan salah satu daripadany datang pada babak pertama dari jarak sangat dekat.

Menonton di rumah adalah Isabelle Silva, yang memutuskan untuk menghantar reaksi di Instagram tentang perlawanan itu.

Dia mengarahkan kritikan ke atas Werner dan menyatakan pada The Mirror: “Ini karma, gais. Setiap pasukan yang saya pergi, mesti ada penyerang yang beterusan gagal menjaringkan gol, ini Werner – apa entah nama dia? kerana dia main macam Verme (merujuk kepada cacing dalam bahasa Portugis).”

Satu lagi video muncul: “Kita memerlukan gol, kita harus memenangi perlawanan ini tetapi penyerang saya tidak nak menjaringkan gol, saya tidak tahu mengapa mereka tidak menjaringkan gol.”

Werner akhirnya digantikan dengan Kai Havertz dan pengurus Thomas Tuchel mengakui dia kecewa dengan persembahan itu.

Tuchel sedar, Werner baru sahaja melakukan miss berdepan West Ham tempoh hari, dan sekarang melakukannya sekali lagi.

“Ya dia miss peluang terhidang berdepan West Ham dan miss peluang besar sekali lagi di sini.”

“Itu tidak membantunya, dan kalau menangis sekalipun, tetap tak dapat membantu, ataupun kau nak menyesal sepanjang masa.”

“Macam ni la, ada berjuta lagi orang di dunia berdepan dengan kesulitan lebih daripada miss yang kamu hadapi.”

“Jadi inilah keindahan tentang sukan. Esok, dah tiada siapa yang akan kisah kamu bersedih dan marah pada hari ini.”

“Jadi, normallah dia marah, dia mungkin kecewa. Esok dia akan bercuti. Dan hari berikutnya dia akan mendongak sekali lagi.”

“Dia pemain profesional, pemain yang hebat. Dia bekerja keras. Dan tadi dia berada di kedudukan terbaik.”

“Kami tak akan berputus asa untuk terus berjuang dan percaya.”

“Dan saya percaya semua orang menerima apa yang sudah berlaku dengan seadanya.”

“Sebagai penyerang, benda ni mudah je, kalau kamu skor perlawanan berikutnya, orang tak akan bercakap tentangnya.”

Nampaknya Thomas Tuchel ada  satu lagi isu yang mungkin untuk dia selesaikan antara Thiago Silva dan Werner. Ini bukanlah perkara baru, bini pemain menggunakan media sosial dan melemparkan kritikan.

Amukan isteri Romero

Sebelum ini isteri isteri Romero mengamuk ke atas Man United. Agak ironi, kerana sebelum ini isteri Romero meroyan teruk di media sosial dengan menuduh United tidak menghormati dan menghargai jasa suaminya.

Romero yang menjadi penjaga gol utama United dalam pertandingan piala dan Liga Europa musim lalu telah tersisih. Di mana Man United mendaftarkan David de Gea, Dean Henderson dan Lee Grant.

Romero cemerlang membantu United mara ke separuh akhir Liga Europa musim lepas, tetapi pada separuh akhir United memutuskan untuk menurunkan David De Gea.

Pemain tempatan dan ‘homegrown’ akan disenaraikan dalam pasukan B. Mereka termasuk Mason Greenwood, Teden Mengi dan Brandon Williams.

Kegagalan Romero berada dalam pasukan A membuatkan isterinya mengamuk di media sosial.

Eliana berkata: “Sergio Romero bekerja keras untuk kelab ini. Trofi terakhir kelab ini julang adalah bersama dengan dia. Dia membantu pasukan mara ke separuh akhir dan kemudian disisihkan ke bangku simpanan – hanya untuk kehilangan semuanya.”

Ej0K03GVkAUYl_B

“Sudah tiba masanya untuk mereka membalas balik [jasa] dan melepaskannya pergi.”

“Berilah rasa hormat untuk sekali.”

Romero gagal untuk meninggalkan Old Trafford selepas kelab enggan melepaskan beliau secara percuma ataupun dengan harga lebih rendah.

https://www.instagram.com/p/CF-Mh7jDezb/?utm_source=ig_embed

Romero sangat ingin menyertai Carlo Ancelotti di Everton. Namun akibat gagal untuk memuktamadkan perjanjian, Everton akhirnya memutuskan menandatangani penjaga gol AS Roma – Robin Olsen.

Baca yang lain