Selepas sekian lama tak bertelagah dan bertengkar, Lionel Messi dan Sergio Ramos akhirnya berselisih pendapat buat pertama mereka di Paris Saint-Germain dan kamera menangkap keseluruhan detik itu.
Messi dan Ramos adalah seteru yang sangat sengit selama 16 tahun semasa mereka di Barcelona dan Real Madrid masing-masing. Kedua dua pemain sentiasa terlibat dalam beberapa insiden panas ketika el clasico.
Musim panas lalu, mereka menjadi rakan sepasukan selepas mengesahkan perpindahan ke PSG sebagai ejen bebas dan semua orang segera bertanya soalan yang sama: Bolehkah mereka duduk bersama?
PSG memenangi Ligue 1 musim lalu dengan Messi dan Ramos turut berada dalam pasukan. Walaupun mereka jauh daripada prestasi terbaik.
Semakin banyak perkara berubah, dan mereka semakin mesra. Messi sebelum ini dilihat sering bergurau sendaloka bersama Ramos.
Kemudian dalam satu aksi pra musim, Messi memberikan tugasan penalti kepada Ramos kerana mahu pemain itu kembali bermotivasi.
Ramos turut menjadi orang pertama meraikan gol Messi dalam pra musim.
Tetapi dalam satu sesi latihan, Ramos cuba untuk merampas bola dari Messi dan kakinya terkena kaki pemenang 6 Ballon d’Or itu. Ramai juga peminat berseloroh mereka terus teringat masa masa lalu yang indah di el clasico. Di mana kedua dua pasukan seringkali terjerumus ke dalam insiden seperti itu.
Messi terus menjaringkan gol dan selepas berbuat demikian dia serta-merta menjeling ke arah Ramos. Pemenang Piala Dunia itu cuba menenangkan keadaan dan tangannya mengusap kepala Messi, tetapi dia jelas agak kecewa kerana menurut Messi bentesan tersebut adalah tidak perlu dilakukan di padang latihan.
Saksikan detik itu di sini:
Good old days , ramos tackling and trying to injured Messi and Messi beating him again😂😂
— Jerry (@jerry_1920) July 25, 2022
Ramos memang dikenali dengan gayanya yang ganas walaupun di padang latihan. Sementara itu, di Barcelona, Messi ditatang bagai minyak yang penuh.
Bekas pemain Barca, Jean-Clair Todibo mendedahkan bahawa pemain pemain Barca dilarang sama sekali membentes atau mengasari Messi di padang latihan.
Ini kerana Messi terlalu berharga untuk kelab.
Todibo berkata: “Kami dilarang untuk menyentuh Messi ketika berlatih. Kita semua tahu, Messi tak boleh cedera. Pemain pertahanan akan berlatih bertahan dengan berhati hati berdepan Messi.”
“Saya belajar banyak perkara dari Messi. Dan saya turut melakukan bentesan ke atas Messi beberapa kali, namun saya sangat berhati hati agar dia tidak cedera.”
“Dia GOAT dan kamu tak mahu dia tercedera.”
Jean-Clair Todibo reveals players weren't allowed to tackle Lionel Messi during training at Barcelona 🐐 pic.twitter.com/wnvB0eW3Pq
— ESPN FC (@ESPNFC) August 22, 2021