[VIDEO] Menitis Airmata Jantan Faisal Halim Terima MOTM Depan Isteri Dan Anaknya

Faisal Halim sedang menikmati salah satu detik terbaik di dalam kariernya sama ada di peringkat kelab atau kebangsaan.

Pemain sayap licik dan bertutik graviti rendah itu dipanggil ke dalam pasukan kebangsaan sekali lagi.

Dan kali ini dia benar benar menyumbang lebih banyak dalam beberapa perlawanan di bawah Kim Pa- gon.

Dalam aksi antara Malaysia menentang Turkemenistan sempena kelayakan Piala Asia 2023, Faisal Halim telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Dia menyumbangkan 1 gol dalam kemenangan 3-1 Harimau Malaya di hadapan penyokong sendiri.

Malaysia menang bergaya

Harimau Malaya yang menjadi tuan rumah Kumpulan E Kelayakan Piala Asia mampu menang di hadapan penyokong mereka yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berdepan dengan Turkmenistan yang mempunyai ranking FIFA lebih baik, pasukan bimbingan jurulatih Korea Selatan Kim Pan-gon berjaya menang dengan jaringan meyakinkan 3-1.

Pasukan Malaysia segera di hadapan dengan mendahului dengan dua gol sebelum 20 minit perlawanan.

Gol pertama menerusi Safawi Rasid menjaringkan gol pada minit ke-11 yang kemudiannya digandakan oleh Faisal Abdul Halim pada minit ke-16.

Turkmenistan telah merapatkan kedudukan kepada 1-2 apabila Altymyrat Annadurdiyew menjaringkan gol pada minit ke-38.

Tetapi Malaysia sekali lagi menggandakan pendahuluan kepada 2 gol menjadikan keduduka 3-1 pada penghujung separuh masa pertama menerusi sumbangan gol daripada La’Vere Corbin-Ong.

Pada separuh masa kedua, tiada lagi gol tercipta dan pasukan kebangsaan Malaysia berjaya menang ke atas Turkmenistan.

Kejayaan meraih tiga mata ini menjadikan pasukan negara Malaysia mendahului Kumpulan E Kelayakan Piala Asia dengan kelebihan perbezaan jaringan berbanding Bahrain yang turut memiliki jumlah mata yang sama.

Miki terharu

Selepas tamat perlawanan wartawan Astro Arena menemuramah Faisal Halim aka Miki dan menyerahkan anugera MOTM.

Pemain itu tak dapat menahan sebaknya berjaya menjaringkan gol antarabangsa pertamanya di hadapan isteri dan anaknya serta dalam suasana Bukit Jalil yang sarat dengan penyokong Harimau Malaya.

Faisal Halim berkata: “Jujur saya cakap saya sebak. Ini adalah gol pertama saya di peringkat antarabangsa dalam peringkat tertinggi.”

“Ini semua untuk anda untuk rakan rakan pasukan saya. Tanpa mereka, rakan rakan sepasukan saya, siapalah saya.”

“Untuk wife dan anak saya datang, sedih [sebak] bang.”

Baca yang lain