[VIDEO] Menjelaskan Bagaimana Zouma Membuatkan Jorginho Melakukan Kesilapan Mudah Ini

Dalam aksi di antara Chelsea berhadapan dengan Arsenal, The Gunners menang tipis di Stamford Bridge 1-0.

Gol tersebut terhasil selepas kesilapan back pass oleh Jorginho yang mencetuskan kecelaruan di belakang gol dan dimanipulasi Arsenal.

Namun terdapat persoalan, adakah Kepa harus dipersalahkan kerana dia berada di tepi kawasan tiang gol?

Sebenarnya, tidak ada kesalahan. Dalam sistem ball playing keeper, biasanya penjaga gol akan berada di zon seperti itu sebagai sedikit safety, kalau bola tersilap terlepas kawalan, maka ianya tak akan direct terus masuk.

Jadi, sebenarnya Kepa berada di kedudukan yang betul. Tetapi isu terbesar di sini adalah Kurt Zouma yang lambat membuat keputusan terbaik.

Kata kunci dia adalah lambat dan ‘KEPUTUSAN TERBAIK’.

Zouma pada awalnya membuang pilihan pertama untuk quick attack dengan menghantar ke wingback.

Dia berpusing dan dia sebenarnya boleh menghantar bola terus kepada Kepa. Zouma memutuskan untuk menghantar kepada Jorginho dan bola itu dikembalikan dengan baik.

Zouma pada kali kedua menerima bola, sekali lagi blur dan gagal membuat keputusan terbaik dengan menganalisis tekanan dari lawan. Dan dia memilih untuk memberikan kembali bola kepada Jorginho.

Kesilapan Jorginho adalah dia menghantar bola ke zon yang tiada penjaga gol. Segalanya berlaku kerana tekanan. Ada isu dengan composure di sini.

Segalanya bertukar dari nasi menjadi bubur, dan Arsenal menekan terus. Kepa cuba menyelamatkan bola dan dia berjaya. Namun Arsenal memenangi semula. Aubameyang dengan tanpa rasa tamak memberikan bola kepada Smith Rowe, lalu disudahkan pemain itu.

2 gol dalam dua perlawanan  terakhir. Smith Rowe tersenyum riang skor dalam derbi dan menjadi matchwinner.

Saksikan di sini:

 

Arsenal akhirnya  berjaya menang dua perlawanan liga semusim ke atas Chelsea sejak kali terakhir pada 2003/04. Dan juga, Arsenal menang pertama kali di Stamford Bridge dalam liga buat pertama kali sejak Oktober 2011. Dengan menamatkan rekod tanpa menang dalam 8 kunjungan mereka. 2 seri enam kalah sebelum ini.

Rekod Arteta berhadapan dengan nama nama besar terus cemerlang pada ketika ini.

 

Baca yang lain