[VIDEO] Menjelaskan Kenapa ‘Golazo’ Lipat Giroud Ini Onside, Dan Ini Koleksi Gol Power Beliau

Jika Giroud menghasilkan satu kompilasi khas gol gol beliau, pastinya ia koleksi harus dimiliki. Ini kerana pemain tersebut terkenal dengan gol gol ajaib di dalam kariernya.

Giroud  mungkin tak seperti Lewandowski yang mampu mencetak 30 gol semusim, tetapi beliau antara penyerang yang memiliki penyudah yang luar biasa.

Tendangan overhead ataupun libasan gunting Olivier Giroud yang menakjubkan memberikan Chelsea kelebihan 1-0 dalam perlawanan pusingan pertama untuk peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara mereka dengan Atletico Madrid.

Bermain di Bucharest kerana sekatan yang mempengaruhi perjalanan antara England dan Sepanyol, Chelsea mendominasi penguasaan bola seperti biasa – untuk pasukan bawah kendalian Thomas Tuchel.

Namun the Blues memerlukan momen ajaib individu untuk mengesahkan bahawa mereka adalah pasukan terbaik dalam perlawanan ini.

Chelsea melakukan 403 hantaran pada separuh masa pertama, dengan Atleti hanya ada satu percubaan gol sebelum rehat – jumlah terendah setelah aksi 45 minit pasukan Simeone perlawanan Liga Juara-Juara sejak 2016/17.

Dan pada minit ke-68, Mario Hermoso cuba mengeluarkan bola, namun ianya terbias tiba kepada Giroud yang awalnya menunjukkan kekecewaannya kerana tak dapat menerima hantaran yang beliau iginkan.

Melihat bola berada di kepalanya, Giroud tanpa berfikir panjang terus melakukan libasan gunting yang menewaskan Jan Oblak.

Bendera ofsaid dinaikkan kerana Giroud jelas sekali sudah terlajak. Pengadil perlu menyemak situasi itu. Namun selepas pemeriksaan di konti VAR. Ternyata gol itu bersih. Kenapa?

Kenapa gol itu dikira bersih?

Mungkin ramai yang sudah tahu jawapannya. Ya, bola itu datang daripada kesilapan pemain lawan – di mana tiada seorang pun pemain Chelsea melakukan kekasaran  kepada pemain tersebut.

Kesilapan individu pemain lawan membuatkan bola dalam situasi itu dikira onsaid walaupun penyerang jauh ofsaid sekalipun.

VAR cuma mahu memastikan sama ada bola itu terbias daripada kontak Mount atau Hermoso. Jelas ianya daripada Hermoso.

Gol tersebut sangat penting buat Chelsea selepas mereka bergelut sepanjang malam nak memecahkan blok rendah Atletico yang kompak dan sangat kebal. Mereka bermain dengan sangat defensif membuatkan Chelsea pasrah sepanjang malam.

Selain daripada itu, Giroud kini menjadi pemain paling tua menjaringkan gol untuk Chelsea dalam sejarah penglibatan mereka dalam pertandingan Liga Juara Juara Eropah. Di mana Giroud menjaringkan gol UCL untuk The Blues pada usianya 34 tahun 146 hari.

Rekod pemain yang paling tua dalam sejarah pertandingan dicipta oleh Ryan Giggs, pada usianya 37 tahun, pada aksi berdepan Schalke pada 2011.

Seperti yang saya katakan di atas, Giroud adalah pemain yang memiliki banyak sekali koleksi golazo (gol cantik menarik). Malah beliau telah melengkapkan kariernya dengan memenangi 1 puskas kerana bakatnya yang sukar dijelaskan. Mungking korang nak melayan koleksi golazo Oli Giroud.

 

Baca yang lain