[VIDEO] Menjelaskan Kenapa Pengadil Tepat Membuang Padang Pemain Guna Parandinha Sepak Penalti

Dalam bola sepak, setiap pemain ada teknik mereka tersendiri dalam mengambil penalti. Misalnya Jorginho dan Bruno Fernandes suka mengambik penalti dengan teknik ‘hop’ atau lompatan.

Ada juga yang suka menggunakan panenka dan sebagainya. Misalnya Pogba pernah mengambil 97 langkah kecil perlahan sebelum merembat bola.

Pemain Dinamo Zagreb telah dibuang padang hanya kerana dia mengacah penjaga gol ketika mengambil penalti. Teknik itu digelar paradinha,

Ianya dianggap kad merah paling pelik dalam sejarah bola sepak. Malah ramai pemain kedua dua pasukan pun terpinga pinga apa yang sedang berlaku.

Semuanya berlaku apabila Bruno Petkovic telah berhenti seketika untuk melihat ke mana reaksi penjaga gol sebelum merembat bola.

Teknik itu mirip kepada teknik Lionel Messi dalam aksi UCL menentang AC Milan pada 2011.

Dinamo mendahului 1-0 dalam aksi berhadapan Istra 1961. Mereka dihadiahkan penalti dan peluang untuk Petkovic memastikan 3 mata benar benar dalam poket mereka.

Malang sekali penaltinya diharamkan dan dia dibuang padang. Kesalahan Petkovic itu dilaporkan layak menerima kad kuning.

Sebelum itu Petkovic sudah ada satu kad kuning. Bermakna kad kuning kedua membawa kepada kad merah dan dia dibuang padang.

Pemain berusia 27 tahun itu tergamam dan tak percaya. Namun pengadil menjelaskan kesalahannya dan dia menerimanya.

Berbalik kepada teknik Messi pada 2011, Messi telah berhenti di hadapan bola, dan menunggu Christian Abbiati merebahkan badannya. Lalu pemain Argentina itu merembat masuk.

Abbiati sangat bengang ketika itu diperlakukan oleh Messi dengan parandinha.

Messi turut menerima kad kuning dalam perlawanan itu. Namun Messi masih kekal di atas padang kerana itu adalah kad kuning pertamanya.

Sebarang kelakuan menganjing lawan atau fancy yang melampau memang akan menerima kad kuning dalam bola sepak. Ini termasuk ketika meraikan gol.

Kesalahan Petkovic adalah dia melakukan acahan ketika mengambil penalti. Bukannya ketika dia berlari ke arah bola.

Alasan kenapa penalti itu adalah satu kesalahan adalah kerana:

Menurut peraturan 14, yang menjelaskan kaedah yang digunakan ketika mengambil penalti. Terdapat beberapa siri teknik dan skil digunakan pemain. Dalam beberapa tahun ini, ada beberapa teknik sudah tidak dibenarkan seperti paradinha.

Maka pengadil dengan jelas menggunakan peraturan 14 tersebut untuk melayangkan kad kuning kepada Petkovic.

“Pelaksana penalti hanya dibenarkan melakukan acahan ketika berlari ke arah bola, namun acahan ketika mengambil sepakan, maka pengadil berhak melayangkan kad kuning.”

“Baca peraturan tentang perlanggaran yang boleh dilakukan oleh penyepak maka perlawanan akan dihentikan, dan disambung semula dengan sepakan percuma tidak langsung, tidak kira sama ada gol telah dijaringkan atau tidak.

Saksikan detik kad merah Petkovic itu di sini:

Mujur Dinamo Zagreb menang dalam perlawanan itu. Bayangkan kalau lawan menyamakan kedudukan pada minit akhir? Zagreb tetap mendapat gol kedua pada masa kecederaan 90+8 untuk menang 2-0.