[VIDEO] Menteri India Ini Tolak Sunil Chettri Kerana Kacau Dia Nak Bergambar Dengan Piala

Legenda bola sepak India dan juga Bengaluru FC, kapten Sunil Chettri dihormati di seluruh dunia kerana pencapaian luar biasanya.

Namun di mata menteri di India, dia hanyalah pengacau di atas pentas. Bengaluru menang Piala Durand selepas menewaskan Mumbai City 2-1 di Stadium Salt Lake, Kolkata pada Ahad lalu.

Dan apa yang mencuri perhatian media dan peminat bola sepak di India kemudian seluruh dunia, kerana video telah viral, di mana seorang menteri telah menolak Sunil Chettri kerana menganggunya untuk bergambar dengan piala tersebut.

Datuk Bandar Bengal Barat, La Ganesan tanpa segan silu telah melayan Chettri seperti seorang yang tidak ada harga di matanya.

Chettri kekal profesional dan mengalah ke tepi. Kejadian itu berlaku ketika penyampaian piala kepada Chettri.

Biasanya kapten pasukan yang akan mengambil piala untuk dijulang. Tetapi La Ganesan merasakan bahawa dia lebih berhak daripada seorang kapten pasukan,

Ini bukanlah yang pertama berlaku pada malam yang sama. Di mana sebelum Chettri naik ke pentas, penjaring gol dan juga pemain terbaik perlawanan akhir, Siva Sakhti dan Roy Khrisna turut dilayan dengan serupa. Cuma kali ini melibatkan seorang lagi tokoh iaitu Biswas.

Peminat bola sepak di India sangat marah dengan menteri tersebut. Malah bekas pemain kriket India, Akash Chopra turut melabel insiden itu sebagai memalukan dan menuntut agar Datuk Bandar Bengal Barat itu memohon maaf secara terbuka.

Tidak kurang juga yang menyindir La Ganesan sambil mengucapkan tahniah kepadanya kerana memenangi Piala Durand.

Peminat di India turut menyatakan, mujur La Ganesan buat begitu dalam acara bola sepak. Kalau dalam acara kriket dia pasti akan kepanasan teruk. Mereka tetap sedih dengan kapten kebangsaan India dilayan sebegitu rupa.

Dalam perlawanan tersebut, Siva Sakhti menjaringkan gol pada minit ke-10 diikuti oleh gol Alan Costa pada minit ke-60. Mumbai City kemudian membalas dengan gol Apuia. Perlawanan sangat menghiburkan. Dan akhirnya Bengaluru menang 2-1.

Peminat memberikan kata kata sokongan kepada Sunil Chettri bahawa dia tidak seharusnya malu dengan apa yang berlaku. Kerana dia tetap legenda bola sepak India.

Kejayaan ini menyaksikan Bengaluru kini memenangi kesemua koleksi piala domestik di India. Sebelum ini mereka sudah memenangi I-League (2014 dan 2016), Piala FA India (2015 dan 2017), Super Cup (2018) dan  Indian Super League (2019).

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.