Superstar Barcelona, Lionel Messi merasa terkilan dengan mutu pengadilan dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara ketika menentang Napoli.
Pertarungan Barcelona vs Napoli diadakan di Camp Nou pada hari Ahad.
Perlawanan Barcelona vs Napoli berakhir 3-1 untuk kemenangan memihak tuan rumah. Agregat 4-2 menjadikan Lionel Messi dan rakan rakannya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Barcelona are through!
Lionel Messi and co. set up a mouth-watering quarter-final clash with Bayern Munich 🤩#UCL #FCBNAP pic.twitter.com/Nq5coUr7IW
— Goal (@goal) August 8, 2020
Messi membantu Barca dengan salah satu daripada tiga gol ini pada minit ke-23.
Dua lagi gol Barca adalah menerusi Luis Suarez dan Clement Lenglet.
Messi sepatutnya memiliki satu lagi gol dalam koleksinya. Ini selepas beliau mendada kemas hantaran rakannya dan melepaskan rembatan yang terus masuk.
Namun, pengadil untuk perlawanan Barcelona vs Napoli, Cuneyt Cakir, membatalkan gol dengan alasan bola terkena tangan Messi sebelum gol itu dijaringkan.
https://twitter.com/MediaBarcaTimes/status/1292183491275182080?s=19
La Pulga sepertinya tidak menerima keputusan Cakir dan juga VAR. Kerana jelas sekali itu bukan handball.
Bercakap kepada Marca, La Pulga menunjukkan reakso tidak senang dengan keputusan Cakir pada akhir perlawanan.
Messi malah tidak mahu bersalaman dengan pengadil perlawanan yang menunjukkan isyarat fist bump kepadanya.
Kejadian itu ditangkap di kamera, tepat ketika Messi memberi pelukan dan high five kepada rakan sepasukan dan lawan selepas tamat perlawanan.
Messi dilihat berkata sesuatu kepada pengadil dengan mengangkat jarinya.
Messi no dio la mano a Manolas después de que este se riera del Barça en su día. Capitán. pic.twitter.com/rh163qh2o0
— Toni Juanmartí (@tjuanmarti) August 8, 2020
Barcelona akan bertemu Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara.
Perlawanan Barcelona vs Bayern Munich akan berlangsung pada hari Sabtu (15/8/2020) pagi di Stadium Da Luz.
Perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara akan diadakan dengan satu perlawanan, atau tidak mempunyai pusingan kedua.