Video Messi Biadap Kepada Jurulatih Tular, Apa Sebabnya?

Sabtu lalu, berlaku ketegangan di antara Lionel Messi dan penolong jurulatih Barcelona, ​​Eder Sarabia dalam perlawanan menentang Celta Vigo.

Semasa rehat yang menyejukkan badan, Sarabia cuba bercakap dengan Messi, tetapi pemain Argentina itu tidak mengendahkannya dan pergi berlalu.

Semasa kejadian itu, Quique Setién kelihatan sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

Beberapa bulan yang lalu, pembantu jurulatih, Sarabia dikritik hebat kerana mulutnya yang suka bercakap kasar, termasuk terhadap Gerard Piqué, Antoine Griezmann, De Jong, Sergio Busquets, dan Nelson Semedo.

“Ini adalah sialan, sialan, hantaran panjang tu sialan,”

“Dia tidak melakukan apa-apa yang seharusnya dia lakukan, f * ing neraka.”

Itu adalah beberapa contoh ayat kesat ketika dia berteriak kepada para pemain dari bangku simpanan.

Namun selepas itu, Sarabia telah meminta maaf di bilik persalinan setelah Setién menyuruhnya tenang.

Terbaru, Lionel Messi dilihat mengabaikan Sarabia yang mahu memberikan arahan kepadanya. Malah Luis Suarez terpinga pinga memanggil Messi.

https://twitter.com/i/status/1277383316874895361

Ada sesetengah peminat mengecam tindakan Messi yang dianggap biadap dan juga bersikap seolah olah dia lebih besar daripada kelab.

Namun ada yang mempertahankan tindakan Messi. Dengan menyatakan, dia biadap kepada jurulatih yang biadap dan tidak menghormati pemain serta celupar.

Sumber daripada Barcelona menggambarkan insiden Sarabia sebagai berikut: “Nampaknya dia lebih berkuasa daripada ketua jurulatih dan tidak ada yang mengenalinya kerana dia tidak melakukan apa-apa pada tahap profesional, bagaimana dia dapat memberikan arahan kepada Messi?”

Dilaporkan, ada juga perbincangan yang tegang di antara bilik persalinan dan jurulatih Quique Setién setelah aksi seri menentang Celta.

Di mana dua kali Barcelona mendahului. Dan dua kali mereka diikat. Sepakan percuma minit akhir oleh Iago Aspas memberikan tekanan kepada Barca.

Dan kini persaingan kejuaraan memihak kepada Real Madrid.

Peminat Barca percaya bahawa kelakuan Messi adalah kerana pemain itu mahukan jurulatih yang lebih berkaliber di dalam pasukan.

Menurut mereka, masalahnya terletak pada kenyataan bahawa BOD Barcelona membawa jurulatih daripada kelab pertengahan dan yang kurang berkualiti.

Malah ada yang menyatakan Sarabia memang jurulatih yang teruk dan mendapat kerja pun sebab kabel bapak dia.

Lantaran ada juga ura ura menyatakan ini mungkin akan mempengaruhi masa depan Quique Setien yang mungkin tidak akan bersama Barcelona pada musim depan.

Setien dikatakan ketika ini bergelut untuk mengawal bilik persalinan Barcelona selepas beberapa tekanan berlaku termasuk insiden pemain dengan Sarabia.

Walaubagaimanapun, BOD Barcelona masih memberikan kepercayaan kepada Setien dan cuba untuk menjernihkan keadaan.

Pada masa yang sama, mereka juga masih memikirkan isu kontrak Lionel Messi.

Eder Sarabia mungkin akan menjadi nama pertama ditendang Setien jika beliau kekal. Ini kerana Setien dan Messi dilaporkan tidak ada masalah.

Barcelona kini di belakang Real Madrid dalam persaingan liga. Selepas mereka keciciran mata dalam beberapa perlawanan

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.