Ia adalah minggu yang buruk untuk Paris Saint-Germain, terutama sekali untuk Lionel Messi dan Neymar.
Dalam perlawanan pertama mereka di tempat sendiri selepas kekalahan dramatik dalam Liga Juara-Juara di Real Madrid, kedua-dua pemain diejek setiap kali mereka menyentuh bola ketika menentang Bordeaux pada hari Ahad.
Walaupun Neymar menjaringkan gol, dia tidak meraikannya apabila peminat tuan rumah terus mengejek dengan menge-boo-kannya.
PSG mendahului Ligue 1 kini terus menjarakkan diri di Ligue 1. Namun tabiat mereka yang selalu tersangkut dalam pertandingan Eropah membuatkan peminat menyampah. Ini kerana peminat PSG tak mahu pasukan mereka sekadar menjadi jaguh kampung.
Ejekan ditujukan khusus buat Messi dan Neymar. Ketika pengumuman nama pemain, peminat bersorak mendengar nama Kylian Mbappe diumumkan walaupun pemain itu masih tarik tali soal masa depannya dengan PSG. Dan dikatakan berminat ke Real Madrid.
Namun ketika nama Neymar dan Messi diumumkan para penyokong PSG mengejek dan menge-boo nama mereka dengan sekuat hati.
Peminat PSG menyampah dengan Neymar dan Messi
Mereka menganggap Messi dan Neymar sebagai ‘perompak’ gaji di PSG. Gaji besar tapi sumbangan tak ada! Berbanding dengan Mbappe yang terus menjaringkan gol dalam dua perlawanan timbal balik tersebut.
PSG bertandang ke Bernabeu dengan agregat 1-0 daripada perlawanan pertama dan menjadikannya 2-0 ketika Mbappe menjaringkan gol pembukaan di hadapan peminat Real Madrid.
Malang buat PSG apabil mereka melepaskan tiga gol berturut-turut kepada pemain Real Madrid, Karim Benzema dan akhirnya PSG dihumban keluar daripada pusingan 16 akhir yang merupakan peringkat pertama dalam pusingan kalah mati UCL.
UCL adalah sasaran utama PSG era pemilikan Qatar. Ini kerana mereka tak akan mendapatkan Messi, Neymar, Mbappe dan bintang besar lain kalau setakat nak jadi jaguh kampung di Perancis.
Sebelum perlawanan, Ultras PSG sudah melancarkan kempen mereka untuk mengutuk prestasi pemain pemain mereka.
“Paris Saint-Germain kami berhak mendapat orang yang berkhidmat, bukan orang yang dilayan,” kata kumpulan Ultra PSG, Collectif Ultras Paris, dalam satu kenyataan di Twitter menjelang perlawanan Ahad lalu.
“Menentang Bordeaux pada hari Ahad, kami akan menunjukkan rasa menyampah kami dan kami meminta semua orang yang menyayangi kelab, yang akan hadir, untuk bersatu dengan tindakan tanpa kekerasan kita.”
Bilik persalinan PSG dikatakan bergolak. Termasuk laporan Neymar dan Gianluigui Donnarumma yang dikatakan bergaduh. Namun selepas itu, Neymar membuat penafian dengan memuat naik mesej antara dia dan Donnarumma.
Namun peminat PSG tak percaya dengan kenyataan Neymar itu yang dituduh mereka memang pandai spin sesuatu perkara.
Seterusnya, pengurus Mauricio Pochettino akan dipantau oleh lembaga pengarah kelab berikutan penyingkiran Liga Juara-Juara Eropah, kerana tiga pengurus terdahulu sebelum beliau dipecat kerana gagal memenangi pertandingan UCL.
Agak ironi kerana sebelum ini PSG memberikan amaran kepada Pochettino untuk terus kekal. Ketika itu Pochettino dikatakan meluat dengan polisi PSG yang sentiasa mahukan pengurus menjaga hati bintang bintang nama besar di kelab itu.
https://youtu.be/IKlaIfMROo4
Tindakan peminat yang mengejek Messi dan Neymar membuatkan Luis Suarez dan Fabregas memberikan solidariti untuk bekas rakan sepasukan mereka di Barcelona itu.
Suarez menulis di IG nya dengan berkata: “Sentiasa bersama kamu. Saya sayangkan kamu banyak banyak.”
Fabregas juga menulis di Twitternya menyatakan sokongannya buat pemain pemain tersebut.
“Bola sepak ni mudah lupa agaknya… memalukan betul. Sentiasa bersama kamu saudara saudaraku.”
Football has no memory whatsoever… it’s a shame. Always with you brothers 🙏🏻
— Cesc Fàbregas Soler (@cesc4official) March 13, 2022
Messi tidak dapat menunjukkan sentuhan golnya yang sangat berbisa seperti di Barcelona. Walaupun dia menyumbang banyak dalam assist dan playmaking, namun para peminat PSG mahukan sentuhan gol yang lebih tajam daripada pemain bergaji paling tinggi di dunia itu.
Neymar pula bukan pertama kali kena serang dengan Ultras PSG. Sebelum ini sudah beberapa kali Neymar di-boo penyokong PSG. Antaranya kerana dia mahu balik ke Barca satu ketika dahulu.