[VIDEO] Messi Dipuji ‘Humble’, Ajak Yedlin Julang Trofi Pertama Inter Miami Bersama Sama

Sebelum kedatangan Messi ke Inter Miami, kelab itu merupakan kelab paling teruk dalam MLS musim ini.

Dan kemudian sejak Messi tiba, Inter Miami bangkit dan berjaya mara ke final Piala Liga menentang Nashville.

Di final, Messi turut mencetak gol yang cantik dalam perlawanan ini untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

Namun gol itu disamakan oleh lawan. Dan akhirnya aksi dilanjutkan terus ke penentuan penalti.

Pada penentuan penalti, Inter Miami menang 10-9.

Itu merupakan trofi pertama kelab David Beckham itu. Orang yang memainkan peranan penting meyakinkan Messi datang ke Inter Miami dan menolak tawaran Barcelona serta Al Hilal.

Messi kemudian dipuji kerana tindakannya mengajak DeAndre Yedlin untuk menjulang trofi bersamanya.

Peminat dan pundit berpendapat itu bukti Messi seorang yang humble dan menghormati Yedlin sebagai pemain senior dalam pasukan itu.

DeAndre Yedlin sebelum ini setuju untuk melepaskan jawatan kapten kepada Lionel Messi.

Lebih mengharukan Messi memberikan lilitan kapten kepada DeAndre Yedlin.

Yedlin awalnya kelihatan agak malu dengan layanan Messi itu. Membuatkan dia kelihatan tidak keruan.

Mereka berdua akhirnya menjulang trofi itu bersama sama. Kedua duanya adalah pemimpin di dalam pasukan Inter Miami ini. Jadi Messi mahu pemain itu berssama sama dengannya mengetuai detik bersejarah itu.

Pundit berkata: “Saya nak cakap satu perkara lain. Kita bercakap tentang Messi sebagai superstar yang sangat merendah diri.”

“Dan apa yang dia telah lakukan? Momen terbaik ketika dia berkongsi detik besar ini dengan bekas kapten Inter Miami, DeAndre Yedlin. Sukar untuk dipercayai.”

Netizen memberikan penghargaan kepada Lionel Messi di atas sikap rendah diri yang dia tunjukkan terutama sekali ketika ramai generasi muda di AS menyaksikannya.

Messi kini pemain paling banyak trofi dalam karier dengan 44 trofi mengatasi Dani Alves dengan 42 trofi.

Dia juga pemain paling banyak Ballon d’Or dengan 7 mengatasi Cristiano Ronaldo dengan 5 Ballon d’Or.