Pemilik dan peminat PSG pastinya marah dengan Adrian Martinez yang memangkah kaki Messi dengan stamping challenge ala Jafri Chiu yang boleh mengakhiri kariernya.
Mujur Messi tidak mengalami kecederaan serius. Messi mengetuai Argentina dalam aksi kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan.
Salah satu daripada syarat dalam kontrak Messi, PSG tidak boleh menghalang Messi daripada menyertai kem kebangsaan walaupun dalam apa sahaja jenis perlawanan.
Messi kali ini kembali ke Argentina buat pertama kali selepas menyertai PSG. Ianya juga tugasan pertama Messi dan rakan rakan selepas bergelar juara Copa America yang lalu.
Dalam aksi kelayakan Piala Dunia, Argentina menang 3-1 dalam perlawanan menentang Venezuela.
Venezuela berjaya bertahan dan mengimbangi lawan mereka pada separuh masa pertama. Sehinggalah pada minit ke-32, Martinez yang hilang akal terus menerjah Messi dengan bentesan yang dianggap sangat teruk dan hodoh.
Messi mengerang kesakitan sambil memegang kakinya yang diterjah dengan keras. Mujur bentesan dengan tapakan itu terkena sipi. Kalau tak boleh patah kaki tu.
Martinez terus dilayangkan kad merah kerana kekasaran tersebut. Saksikan sendiri kekasaran itu di sini:
Selepas bentesan itu, pada masa kecederaan separuh masa, Lautaro berjaya menjaringkan gol pembukaan.
Kemudian Argentina menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua menerusi Joaquin Correa dan Angel Correa.
Venezuela mendapat gol saguhati masa kecederaan sebelum wisel penamat.