[VIDEO] Messi Selamatkan PSG Dari Kekalahan, Buat Panenka Yang Tenang

Lionel Messi berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi penuh mendebarkan di Parc Des Princes.

Salah satu daripada gol itu adalah menerusi panenka yang sangat tenang dalam aksi PSG bertemu RB Leipzig. Di mana skuad serba bintang PSG diberikan cabaran sangat sengit.

Kylian Mbappe meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan menerusi gol cantik minit ke-8. Mbappe kelihatan sangat tajam dan lincah sekali.

Namun pasukan pelawat menjadikan kedudukan 2-1 hasil gol oleh Andre Silva dan Nordi Mukiele.

Kelihatan skuad PSG bakal menelan satu lagi kekalahan musim ini dalam semua pertandingan dan mengelak kekalahan pertama dalam UCL.

Namun Messi menjelmakan magisnya. Messi bergandingan dengan Mbappe untuk gol penyamaan minit ke-67.

Di mana Messi menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Tujuh minit kemudian, Messi mengambil tugasan untuk sepakan penalti. Dan dia telah melakukan panenka yang sangat cantik dan enak.

Messi sangat fokus dan dan kemudian pergi ke arah bola lalu menyungkitnya. Detik genius itu mendapat pujian dan perhatian ramai.

Saksikan momen genius itu di sini:

Gol panenka tersebut turut dinikmati keindahannya oleh abang sekuriti:

Sebelum wisel penamat, pasukan tuan rumah dihadiahkan satu lagi penalti.

Malang sekali, Mbappe yang mengambil sepakan itu telah melambungkan bola. Sekaligus terus mencatatkan satu lagi kegagalan dalam tugasan penaltinya.

Sejarah panenka

Penalti Panenka – disebut panenka sahaja – adalah sempena legenda bola sepak Czechoslovak (kini Republik Czech), Antonin Panenka.

Antonin Panenka menjadi orang pertama yang melakukan penalti dengan memasukkan bola ke tengah gawang dalam kejohanan rasmi. Pemain istinewa, teknik istimewa dan hasil istimewa. Apalagi yang Panenka harapkan? Tiada ! Itu sudah serba serbi cukup.

Penalti cip tersebut dilakukan oleh Antonin Panenka pada final Euro 1976 dalam aksi Czechoslovakia vs Jerman Barat.

Pada ketika itu Antonin Panenka menjadi pelaksana penalti kelima selepas kedudukan ketika itu 4-3. Perlawanan diheret ke penalti pada masa itu selepas seri 2-2 sepanjang 120 minit.

Antonin Panenka mengambil beberapa langkah dan berlari menuju bola. Ketika ramai menjangkakan beliau akan melakukan rembatan deras, dan tidak semena mena dia melepaskan sepakan lembut / lob ke tengah.

Penjaga gol legenda Jerman Barat ketika itu, Sepp Meier, terbang ke kiri. Meier tertipu dengan muslihat itu dan hanya dapat melihat bola memasuki gawang serta pemain Czechoslovakia meraikan gelaran Eropah mereka – menepati status mereka sebagai salah sebuah pasukan pilihan.

Wartawan Perancis ketika itu menganggap penalti itu ibarat puisi dan karya seni yang indah.

Antonin Panenka menegaskan dia memang sudah berenca melakukan penalti itu walaupun berdepan dengan salah seorang penjaga gol terbaik sepanjang zaman.

Dia yakin melakukannya kerana dia telah menyiapkan teknik ini selama lebih kurang dua tahun.

“Kira-kira dua tahun sebelum Euro 1976, saya mula mempraktikkan teknik ini. Saya melakukannya untuk pertama kalinya dalam aksi persahabatan di Liga Czechoslovakia dan berjaya,” kata Antonin Panenka kepada Radio Prague.

“Sejak itu, saya bermimpi melakukannya lagi di arena berukuran Euro. Mungkin takdir Tuhan saya dapat melakukannya di final Euro. Saya yakin 100 peratus dengan bola cip saya akan menjaringkan gol,” tambah beliau lagi.

Antonin Panenka mengakui bahawa dia mula berlatih teknik penalti cip setelah selalu kalah dari penjaga gol Czechoslovak, Zdenek Hruska semasa latihan.

Menurut Panenka, Zdenek Hruska adalah penjaga gawang yang sukar ditewaskan. Dan anda perlu memikirkan sesuatu yang luar biasa untuk menewaskannya.

“Saya bertaruh Zdenek Hruska dan selalu kalah. Saya harus membayar bir atau coklat setiap kali saya gagal melakukan penalti.”

“Suatu malam, saya bangun dan memikirkan bagaimana mengalahkan Zdenek Hruska. Saya kemudian menyedari bahawa penjaga gawang mesti bertindak balas ketika penendang menghampiri bola.”

“Saya kemudian merasa lebih mudah untuk menjaringkan gol dengan membuat trik seolah-olah akan menendang dengan keras tetapi hanya menggali bola di tengah.”

“Penjaga gol pasti bergerak ketika bola ditendang dan tidak berpeluang untuk bangkit dengan teknik itu. Sejak itu, saya selalu menang berhadapan dengannya dan mendapat banyak bir dan coklat,” kata Antonin Panenka.

Ramai pemain bola sepak terkemuka di dunia pernah melakukan teknik seperti Andrea Pirlo, Francesco Totti, Zlatan Ibrahimovic, Sergio Ramos, dan tentu saja Zidane.

during the UEFA EURO 2012 quarter final match between England and Italy at The Olympic Stadium on June 24, 2012 in Kiev, Ukraine.

Antonin Panenka mengakui bahawa dia bangga melihat ramai pemain melakukannya dan namanya terpahat dalam salah satu maneuver bola sepak. Bukan mudah tahu.

Hanya yang benar benar istimewa yang dapat nama mereka diabadikan dalam sesuatu skil, misalnya Cruyff Turn, The Maradona dan sebagainya.

Panenka berkata: “Setiap kali saya melihat pemain melakukan teknik penalti di televisyen, saya sangat bangga bahawa pengulas selalu mengatakan ‘Panenka’ ketika pemain menjaringkan gol.”

“Saya juga ingat, pemain bola sepak terbaik di dunia sepanjang zaman, Pele, pernah memanggil orang yang melakukan teknik penalti itu genius atau gila.”

Bukan semua orang boleh melakukan panenka. Sebab kalau tersilap langkah ianya akan membawa padah dan aib. Ini kerana penalti itu adalah tipikal showboating. Mana mana showboating yang berjaya akan dianggap licik. Dan mana yang tak berjaya, maka sang pelaku tahu akibatnya, malu akan mereka tanggung.

Kisah Ademola Lookman yang melakukan panenka gagal paling epik

Misalnya pada musim 2019/20, dalam satu perlawanan, Fulham ketinggalan dengan satu gol sahaja. Pada masa kecederaan 90+8, Ademola Lookman berpeluang menjadi wira 1 mata pasukannya.

Namun Ademola Lookman mensia-siakan peluang itu dalam aksi berdepan dengan Ham United dan mencipta salah satu penalti terburuk dalam sejarah.

Dengan mengambil kira usahanya untuk melakukan penalti yang fancy, namun kualitinya kelaut.

Dalam bola sepak, kamu boleh melakukan perkara fancy dan membuatkan penjaga gol nampak bodoh kalau ia disempurnakan dengan baik.

Ramai pemain yang membuatkan penjaga gol aib kerana panenka mereka.

Tetapi penalti fancy itu akan memakan diri sekiranya bola tidak masuk. Jelas sekali semalam adalah hari untuk penjaga gol dan bukannya pelaksana penalti.