Bekas pemain Man City, Aymeric Laporte menjaringkan gol tercantik dalam kariernya. Ini apabila dia melemaskan penjaga gol Inter Miami dengan sepakan percuma terus dari kawasannya.
Al Nassr melayan kunjungan Inter Miami ke bumi Arab Saudi untuk Piala Musim Riyadh.
Dan Al Nassr tanpa belas kasihan membelasah pasukan yang diketuai Lionel Messi itu dengan jaringan 6-0.
Salah satu daripada gol itu adalah dihasilkan oleh pemain yang tidak selalu dalam senarai penjaring iaitu Aymeric Laporte.
Rakran rakannya seolah olah tidak percaya melihat gol tersebut dihasilkan. Ianya seperti dalam mimpi pula.
Tindakan dan pemikiran pantas Laporte yang melihat penjaga gol sudah keluar daripada kawasannya telah membuahkan hasil. Lionel Messi hanya mampu menunggu ulang tayang gol itu di skrin besar untuk melihat bagaimana ia terhasil.
Gol ini menjadi lebih feel apabila disaksikan dengan ulasan pak Arab. Saksikan.
Aymeric Laporte scored this from Europe (basically) ☄️
(via @ssc_sports) pic.twitter.com/bWFjqzgGKJ
— B/R Football (@brfootball) February 1, 2024
Aksi Al Nassr dan Inter Miami ini adalah aksi rehat musim untuk Al Nassr dan aksi pramusim untuk Inter Miami.
Ianya pada awalnya dianggap pertemuan terakhir antara Messi dan Ronaldo yang mendominasi bola sepak eropah untuk tempoh yang lama dalam karier mereka.
Ada 13 Ballon d’Or antara Ronaldo dan Messi sepanjang karier mereka. Malangnya kedua dua pemain berdepan dengan isu kecergasan.
Ronaldo tidak dapat diturunkan kerana kecederaan betis. Sementara Messi yang awalnya tidak tersenarai dalam pasukan walaupun di bangku simpanan kerana dilaporkan tidak cukup cergas, telah dimasukkan pada saat akhir.
Nama Messi ada di bangku simpanan dan masuk pada lewat perlawanan ketika Inter Miami sudah pun lunyai 0-6 di belakang.