Micah Richards ketawa besar dan membahan Roy Keane. Ini apabila bekas kapten legenda Man United itu kantoi bawa alat make up.
Richards tak sangka seorang Roy Keane yang dikenali dengan gaya ganasnya di atas padang dan komen panas sampai ke tulang hitam ketika menjadi pundit – sebenarnya mementingkan penampilan di hadapan kamera.
Richards berkongsi detik di belakang tabir ketika mengulas aksi Liverpool dan Man City.
Di mana Keane menyapu nyapu bedak pada mukanya sebelum live on air. Dia memegang bekas make up di tangannya.
Detik Kane cuba menjambukan dirinya itu menggeletek hati Micah Richards dan Jamie Carrager.
Richards berkongsi detik itu di IG dan dengan segera meroket lebih 168k tontonan dalam masa singkat. Mana taknya, semua orang nak tengok legenda berwajah ganas Roy Keane menepek make up di mukanya.
Micah Ricahrds bertanya dalam nada seperti tersampuk: “Apa kat tangan kau tu Roy?”
Roy Keane: “Aku harap aku tahu [bagitau kau apa nama produk ni].”
Micah Richards: “Tengokla tu muka dia [Keane] macam jijik je.”
Jamie Carragher tak mampu memberikan apa apa komen panjang kerana dia sendiri tak tahan melihat telatah Keane dan hanya berkata: “Keluar air mata aku wei.”
Micah Richards in tears again as Roy Keane gets his makeup on! 😂 pic.twitter.com/BWbh7MQZdb
— CHANT LFC (@ChantLFC) November 8, 2020
Ramai peminat bola sepak terhibur dengan video pendek itu dan menganggap rupanya Roy Keane ni sebenarny ok je orang bahan dia.
Tak ada la dia nak melantun. Ye la orang kan biasa tengok Keane cepat marah di atas padang.
Bet Roy Keane hates doing games with Micah Richards! 😂😂 pic.twitter.com/jPVycOEwoj
— talkingbaws (@talkingbawscom) November 8, 2020
Dalam segmen ulasan yang sama Roy Keane turut mengutuk Kyle Walker kerana menurutnya kebodohan pertahanan itu memberikan Mane penalti.
Bukan itu sahaja, Keane juga menyuruh Phil Foden pergi menjalani ujian air kencing selepas Richards memuji Micah Richards sebagai bakat elit yang berkelas dunia.
🗣 "The stuff he said about Micah, he probably needs to be drug tested for that"
Roy Keane's response to Phil Foden calling @MicahRichards 'World Class' 🤣 pic.twitter.com/JsXRt8zyZr
— Football Daily (@footballdaily) November 8, 2020
Macam balas dendam hal makeup nampak ni haha.
Roy Keane merupakan antara kapten terbaik dalam sejarah Manchester United. Beliau merupakan pemain yang mendapat kepercayaan daripada Alex Ferguson walaupun selalu tak sehaluan.
Dari sudut profesionalisme, Keane sangat bagus membuatkan Fergie sangat mempercayainya.
Keane adalah pemain bola sepak Ireland yang paling berjaya sepanjang masa, setelah memenangi 19 piala utama, 17 daripadanya datang di Manchester United, dalam karier kelabnya.
Dia berkhidmat sebagai penolong pengurus pasukan kebangsaan Republik Ireland dari 2013 hingga 2018.
Dianggap sebagai salah satu pemain tengah terbaik dalam generasinya. Pada tahun 2004 Keane dinobatkan oleh Pelé dalam senarai FIFA 100 pemain terbaik dunia.
Pada tahun 2007, The Times meletakkannya di tangga ke-11 dalam senarai 50 pemain paling lasak dalam sejarah.
Dalam karier bermain selama 18 tahun, Keane bermain untuk Cobh Ramblers, Nottingham Forest dan Manchester United, sebelum mengakhiri kariernya di Celtic.
Keane adalah pemain tengah box to box yang dominan, terkenal dengan gaya permainannya yang agresif dan sangat kompetitif.
Sikap yang rajin membantu rakan di atas padang sangat sesuai menjadikannya sebagai kapten Manchester United dari tahun 1997 sehinggalah dia meninggalkan kelab itu pada 2005.
Keane membantu United mencapai banyak kejayaan yang berterusan selama 12 tahun di kelab. Dia kemudian menandatangani kontrak dengan Celtic, di mana dia memenangi gelaran domestik sebelum dia bersara sebagai pemain pada tahun 2006.
Keane bermain di peringkat antarabangsa untuk Republik Ireland selama 14 tahun, yang kebanyakannya dia habiskan sebagai kapten.
Pada Piala Dunia FIFA 1994, dia bermain di setiap pertandingan Republik Ireland. Dia dihantar pulang dari Piala Dunia FIFA 2002 setelah perselisihan dengan jurulatih kebangsaan Mick McCarthy mengenai kemudahan latihan pasukan.
Kini Keane berkhidmat sebagai pundit. Dan dikenali dengan ulasannya yang pedas.