Video Mike Tyson Isi Masa Lapang Dengan Bergurau Dan Bertinju Dengan Harimaunya

Apa yang korang akan buat kalau ada masa lapang ketika di rumah?

Salah satu aktiviti korang suka pastinya bermain dengan haiwa peliharaan, itu kalau ada.

Ada juga yang meluangkan masa membersihkan akuarium dan sebagainya.

Namun untuk seorang Mike Tyson beliau akan pergi ke kandang harimaunyaa (nada Ahmad Nisfu) dan bergurau senda dengan harimau bengal peliharaannya.

Bergurau dengan harimau bengal sambil bertinju manja sudah menjadi kebiasaan bagi Mike Tyson kerana hubungan erat denga harimau peliharaannya itu.

Bercakap kepada Go Sports awal tahun ini Tyson berkata: “Saya pernah membela harimau. Nama dia Kenya dan seberat 550 pounds.”

“Saya rapat dengan dia, dan saya kekadang bawa dia tidur dan biarkan dia berada di dalam bilik saya.”

“Oh ya, dia pernah juga mengokak tangan orang.”

Tyson mengenang kembali detik dia terpaksa membayar pampasan kerana harimaunya menyerang orang awam.

Mike Tyson pernah menceritakan satu kisah luar biasa dan juga penuh cemas. Ini apabila salah seekor daripada harimau peliharaannya telah menyerang seorang perempuan.

Mike Tyson merupakan manusia yang memelihara tiga ekor harimau di rumahnya. Seorang ayah harimau, ibu harimau dan anak harimau.

Satu video memaparkan Mike Tyson bergurau mesra sambil bertinju dengan harimau peliharaannya pernah menjadi sensasi.

Malah dalam video tersebut Mike Tyson menceritakan bagaimana beliau dan harimau itu saling menguasai ‘pertarungan’ tersebut.

Bayar RM1 juta kerana kesal perbuatan harimau peliharaan

Mike Tyson berkongsi kisah dengan rapper, Fat Joe, tentang bagaimana beliau terpaksa membayar RM1 juta kepada seorang mak cik kerana diserang harimaunya.

Ketika temu ramah secara langsung itu, Fat Joe bertanya, betulkah laporan menyatakan harimau itu terlepas daripada kandangnya dan kemudian mencederakan jirannya.

Mike Tyson dengan pantas menjawab, berita itu tak tepat.

“Tak Joe, bukan itu yang berlaku.”

“Ada seorang wanita pergi menceroboh kawasan sangkar tempat harimau saya, dan mulai bermain dengan mereka.”

“Malangnya, harimau itu tak kenal pun perempuan itu. Sebab itu berlaku kejadian yang tak diingini.”

Fat Joe kemudian bertanya; adakah wanita itu cuba untuk menyamannya kerana diserang salah seekor daripada harimaunya.

Mike Tyson menjelaskan, awalnya memang dia nak saman namun selepas itu dia menariknya balik.

Ini kerana wanita itu yang pergi melompat masuk ke dalam sangkar harimaunya.

Mike Tyson memberitahu Fat Joe: “Ya, mulanya dia nak saman. Namun selepas dia sedar dia yang pergi melompat masuk ke dalam sangkar itu dan menceroboh, maka dia tak berbuat demkian.”

Walaubagaimanapun, Mike Tyson tetap bermurah hati memberikan $250,000 ataupun lebih RM1 juta kepada wanita itu sebagai tanda minta maaf di atas kelakuan harimaunya.

“Dengar, apabila saya melihat harimau saya mencederakan tangannya — ketika itu saya ada banyak duit — saya terus memberikannya $250,00 macam tu la, tak kiralah berapa, kerana ketika itu dia benar benar marah Joe.”

Walaupun kandang harimau di rumahnya diceroboh, Mike Tyson masih mampu memberikan penceroboh itu RM1 juta. Memang lain macam Iron Mike ni bagi duit dekat orang.

Sebab ramai orang akan menembak penceroboh ataupun tidak bertanggungjawab di atas kesilapan diri sendiri yang berani berani masuk ke kandang harimau.

Bahkan dekat zoo pun, dah diberikan amaran agar tidak masuk ke dalam kandang harimau. Perempuan tu ingat harimau tu jinak sangat agaknya.

Namun pada fasa akhir kariernya dibayangi dengan insiden menggigit telinga Evander Holyfield – yang selepas itu menjadi rakan karibnya sehingga kini.

Baru baru ini Nat Geo mengumumkan bahawa Mike Tyson akan bertarung dengan jerung putih legenda.

Ini bukan kali pertama Tyson nak bertarung dengan haiwan yang ada reputasi ganas, sebelum ini beliau pernah menyatakan dia mahu bertarung dengan gorilla.

Baca yang lain