[VIDEO] Momen Tim Sherwood Kata Tak Risau ‘Corner’ Liverpool, Dan Firmino Menanduk Masuk

Tim Sherwood menjadi pundit di Amazon Prime untuk aksi Liverpool menentang Tottenham Hotspur.

Dan pada minit ke-90, Liverpool mendapat sepakan penjuru. Bekas pengendali Spurs itu dengan yakin berkata:

“Sepakan penjuru lagi. Saya tak risau sangat tentang sepakan penjuru ini, mungkin ia juga akan menghantui saya [kalau ia masuk].”

“Tapi saya rasa Tottenham memiliki dominasi yang kuat di udara. Tak pastilah sapa pemain Liverpool yang akan [mampu] menanduk bola itu [terlebih] dahulu [daripada pertahanan Spurs].”

Baru sahaja Sherwood nak menyambung ayatnya, terus Roberto Firmino menjaringkan gol kemenangan dengan tandukan menerusi sepakan penjuru.

Sekaligus memberikan 3 mata berharga kepada pasukan tuan rumah.

Pundit yang lain tergelak dan membahan Tim Sherwood, dan berkata: “Oh Tim.”

Sherwood kemudian mempertahankan dirinya dengan berkata: “Selain yang satu itu,” merujuk kepada sepakan penjuru yang masuk itu – menurutnya satu satunya sepakan penjuru yang gagal dikeluarkan Spurs.

Warganet tidak melepaskan peluang untuk membahan Sherwood dan merasa geli hati dengan insiden itu.

Ianya seolah olah detik yang sangat memalukan Sherwood kerana baru sahaja termakan dengan kata katanya sendiri.

 

Liverpool melayan kunjungan Tottenham di Anfield dalam pertarungan di antara dua pasukan teratas liga.

Anfield memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Gerard Houllier yang meninggal dunia baru baru ini.

3500 (3)

Liverpool mendahului menerusi rembatan Mohamed Salah yang terbias pada kaki Toby Alderweireld. Pengadil keempat merasakan bola adalah on target dan gol diberikan kepada Salah.

Son Heung Min membuatkan Anfield tergamam menerusi gol penyamaan. Walaupun pada ketika itu mereka menguasai perlawanan sebanyak 70%.

VAR menyemak semula gol tersebut dan kekal dengan keputusan bahawa itu adalah gol.

 

Bersambung separuh masa kedua, Bergwijn memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol kedua. Namun percubaannya tersasar.

Tidak lama selepas itu Bergwijn sekali lagi memiliki peluang 1 lawan 1, tetapi percubaannya terkena tiang. Daripada situasi itu Spurs mendapat sepakan penjuru, dan Harry Kane ada peluang terbaik menerusi tandukan bebas, tetapi tak masuk.

Liverpool kemudian menggerakkan serangan daripada Sadio Mane dan Andy Robertson. Liverpool menggandakan permainan kombinasi di kawasan serangan.

Ketika perlawanan seolah olah berakhir dengan perkongsian 1 mata, Firmino menjadi wira Liverpool dengan gol kemenangan pada minit ke-90 – menanduk bola sepakan penjuru Andy Robertson.

2956786-60691648-2560-1440

Kemenangan itu membolehkan Liverpool naik semula ke tangga teratas liga. 3 mata di atas Spurs.

Jose Mourinho menyifatkan pasukannya menerima kekalahan yang tak adil selepas beraksi dengan lebih baik daripada pasukan tuan rumah.

Baca yang lain