Video: Mourinho Kad Kuning Sebab Skodeng Taktikal Lawan Dan Meroyan

Jose Mourinho telah dilayangkan kad kuning kerana kes pelik dalam perlawanan di antara Spurs dan Southampton, dalam aksi Liga Perdana Inggeris / EPL semalam.

Jose Mourinho memamg dikenali dengan kontroversi yang klasik seperti ini di dalam kariernya.

Ia mungkin momen yang akan diingati ramai peminat bola sepak untuk tempoh yang lama. Apatah lagi melibatkan jurulatih yang dikenali dengan nama The Special One.

Jose Mourinho telah mengintip secara terangan taktikal Southampton. Beliau berdiri dan melihat jurulatih Southampton sedang melakar perancangan taktikal di kawasan teknikal.

Itu jelas satu kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan beliau.

Jose Mourinho kemudian mengakui ada mengeluarkan kata kata kesat kepada pasukan kejurulatihan Southampton. Sebab beliau geram.

Jose Mourinho turut mengakui beliau melakukan tindakan dan kesalahan yang bodoh.

Lantas beliau menerima akibatnya dan menganggap kad kuning adalah tepat kerana menurutnya memang beliau berhak menerima kad kuning.

Tetapi pada masa sama Jose Mourinho menyatakan beliau telah biadap untuk orang yang bodoh.

Jose Mourinho berkata: “Saya biadap. Itu jelas sekali. Saya selayaknya dapat kad kuning. Saya juga celupar. Saya kurang ajar untuk orang yang dungu.”

Pengendali Tottenham Hotspur itu mendapat kad kuning kerana menceroboh kawasan teknikal pasukan lawan. Itu memang kesalahan besar.

Pegawai keempat perlawanan telah memanggil pengadil dan melaporkan perbuatan Mourinho itu.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1212430291832360960?s=19

Mourinho jelas sekali tahu apa yang telah dilakukannya. Dan dia bengang ketika itu.

https://twitter.com/FCB_Richy/status/1212420999297294336?s=19

Spurs mempersiakan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan Chelsea untuk persaingan tempat 4 teratas. Ini selepas Chelsea keciciran mata dalaman aksi lebih awal.

Jaringan kemenangan Southampton adalah menerusi Danny Ings yang terus cemerlang di hadapan gol.

Kekalahan ini merupakan yang ketujuh untuk Tottenham Hotspur pada musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Spurs merupakan finalis UCL pada musim lalu. 6 bulan selepas pencapaian tertinggi di dalam sejarah mereka itu, Spurs memecat Mouricio Pochettino.

Beliau digantikan dengan Jose Mourinho. Permulaan Jose Mourinho sangat cemerlang. Dan kini masalah awal musim Spurs kembali menghantui mereka iaitu masalah konsistensi.

Tugasan berat untuk Spurs bagi mengejar slot 4 teratas jika terus dibelenggu masalah konsistensi.

Adakah Mourinho akan menggunakan jendela perpindahan pada Januari ini untuk memperkuatkan lagi pasukan beliau?

Korang saksikan highlight termasuk aksi Mourinho di sini:

Baca yang lain