[Video] Mourinho Kejar Dier Sampai Ke Tandas Ketika Perlawanan Sedang Berlangsung

Selain daripada pertengkaran dengan Frank Lampard di tepi padang, Jose Mourinho turut bengang dengan Eric Dier yang tiba tiba keluar dari padang.

Mourinho mengejar Eric Dier di terowong. Rupa rupanya pemain itu mahu menyahut panggilan alam.

Spurs mengatasi Chelsea selepas penentuan sepakan penalti. Spurs ketinggalan awal dalam perlawanan ini menerusi jaringan Timo Werner.

Namun pada babak akhir perlawanan Tottenham Hotspur membalas gol itu menerusi Eric Lamela.

Berbalik kepada insiden Dier yang pergi ke tandas, beliau menyatakan Jose Mourinho memang kurang gembira dengannya.

Dier dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan beliau berkata: “Coach tak gembira tadi, tapi saya tak boleh berbuat apa-apa, apabila panggilan alam memanggil.”

“Saya dengar, pasukan lawan mencipta peluang gol ketika saya tiada di atas padang. Syukurlah, mereka tidak menjaringkan gol dan kami mengakhiri perlawanan sebagai pemenang.”

Jose Mourinho menyatakan bahawa dia tahu Eric Dier nak ke tandas. Dia cuma sengaja mahu memberikan tekanan kepada pemain itu untuk melakukannya secepat mungkin.

Itulah sebabnya Mourinho berkejaran dengan Dier sampai ke tandas. Mourinho kemudian menambah, Dier menjadi begitu kerana badan pemain itu dehidrasi.

Mourinho mengkritik penjadualan perlawanan oleh FA yang terlalu padat.

Spurs bermain 4 perlawanan dalam tempoh 7 hari.

Dua hari lalu mereka berdepan Newcastle, dan kemudian Chelsea. Selepas ini berdepan Maccaibi Haifa dalam kelayakan Europa, dikuti Man United, 2 hari kemudian.

“Ya dia kena pergi [ke tandas], itu saya tahu, dia kena pergi juga.”

“Mungkin itu perkara biasa berlaku apabila kamu benar benar dehidrasi. Dan sudah tak ada apa lagi dekat otot kamu, ini boleh berlaku.”

“Dia adalah contoh terbaik kepada semua yang bermain dalam dua perlawanan terakhir ini, sudah tentu.”

“Jika badan pengendali bola sepak tidak kisah kepada pemain, saya peduli, dan sudah tentu Eric Dier tak akan dapat bermain pada aksi Khamis.”

Eric Dier turut menghadiahkan anugera MOTM kepada tandas yang membantunya kembali selesa.

Baca yang lain