[VIDEO] Mourinho Nasihati Dele Alli Secara ‘Sound Direct’: ‘Jangan Malas, Nanti Kau Menyesal’

Jose Mourinho memberikan amaran yang sangat jujur kepada Dele Alli agar pemain itu ‘menuntut lebih banyak daripada dirinya sendiri.’

Mourinho menasihati Dele Alli ketika berada di Tottenham Hotspur. Kini Dele Alli di ambang perpindahan ke Besiktas, yang dianggap sebagai penurunan terbesar di dalam kariernya pada usianya yang masih muda.

Apabila Mourinho mula-mula tiba di Tottenham, pada tahun 2019, nampaknya dia kelihatan akan mendapat yang terbaik sekali lagi daripada Dele Alli yang ketika itu mulai merosot prestasinya.

Ya, Dele Alli kelihatan benar benar bakal bangkit. Mauricio Pochettino, adalah pengurus yang benar benar percayakan Dele Alli. Namun prestasi merosot Alli telah memberikan impak kepada masa depan pengurus itu yang akhirnya dipecat.

Peralihan Spurs daripada seorang pengurus kepada pengurus seterusnya semuanya telah dirakamkan dalam filem dokumentari oleh Amazon Prime Video, untuk siri All or Nothing mereka dengan pasukan Liga Perdana Inggeris.

Paling mencuri tumpuan adalah ketika Mourinho memberikan amaran kepada pemain itu agar tidak malas di atas padang dan menuntut lebih banyak daripada diri sendiri.

Nasihat jujur Mourinho itu satu ketika dahulu dilihat agak ofensif bagi sesetengah pihak. Namun ubat yang mujarab biasanya tak manis rasanya.

Mourinho berkata kepada Alli: “Saya kini berusia 56 tahun dan semalam saya berusia 20 tahun. Masa cepat berlalu. Satu hari nanti saya fikir kamu akan menyesal jika kamu tidak mencapai apa yang anda boleh capai,” kata pengurus itu.

“Saya tidak mengharapkan kamu menjadi pemain terbaik setiap perlawanan. Saya tidak mengharapkan kamu menjaringkan gol setiap perlawanan. Saya hanya ingin memberitahu kamu bahawa kamu akan menyesalinya kelak.”

“Kamu sepatutnya menuntut lebih daripada diri sendiri. Bukan saya yang menuntut lebih daripada kamu.”

“Tiada orang lain. Kamu. Kamu yang patut menuntut lebih daripada diri sendiri.”

Dalam satu lagi detik dalam siri ini, Mourinho mendakwa bahawa bekas pemain MK Dons itu “malas,” ketika bercakap dalam taklimat pasukan.

Dan kini segalanya makin jelas bahawa, Alli benar benar tidak menuntut yang terbaik daripada dirinya sendiri. Dia kini dikatakan dalam proses untuk berkelana ke Liga Turki menyertai Besiktas.

Alli akan meninggalkan EPL pada usianya yang masih muda untuk seorang pemain yang beberapa tahun lalu merupakan bintang di Spurs dan pasukan kebangsaan negaranya.

Sebelum ini Dele Alli meninggalkan Spurs untuk menyertai Everton. Perpindahan yang diharapkan Alli akan membantunya menaikkan semula kariernya. Tetapi skripnya tetap sama.

Walaupun pasukan Frank Lampard akhirnya mengelak penyingkiran, namun impak pemain itu sangat terhad dalam membantu kelab itu pada musim lalu.

Dele sepatutnya benar-benar melangkah ke tahun-tahun kemuncak pada usianya. Namun itulah jadinya apabila pemain leka dengan kejayaan dirinya sendiri dan tidak berusaha lebih kuat untuk meningkatkan lagi prestasi mereka.

Inilah video detik Mourinho menasihati Alli secara jujur. Dan peminat percaya Mourinho menggunakan cara yang sama ke atas pemain seperti Paul Pogba sehinggakan dia ditentang pemain itu.

Sayang betul karier Dele Alli. Kini dia terpaksa mengharapkan keajaiban untuk menyertai 3 Singa untuk kempen Piala Dunia akan datang – yang sepatutnya menjadi Piala Dunia yang dia beraksi pada peak.

Baca yang lain