Selepas tamat aksi di antara Spurs dan Leicester, Mourinho menyatakan dia kenal semua pemain dia, apa kekuatan mereka dan apa kelemahan mereka.
Namun Mourinho enggan mengkritik Aurier secara individu kerana menurutnya pemain itu hanya melakukan kesilapan, dan bukannya melakukan perkara gila.
Aurier memberikan penalti dengan cara yang mengejutkan ramai pihak.
Di mana beliau merempuh Fofana di hujung kotak penalti.
Selepas tamat perlawanan Mourinho berkata: “Saya kenal pemain saya, saya tahu kualiti pemain saya, saya tahu masalah masalah kecil pemain saya. Serge pemain yang luar biasa ketika menentang Liverpool, dan mungkin pemain terbaik kami, namun hari ini dia melakukan kesilapan.”
“Adakah kesilapan ini membuatkan kita kerugian 3 mata? Rasanya tidak adil berkata begitu. Kalau saya nak memilih untuk mengkritik secara individu, saya akan pergi kritik pemain lain selain Aurier. Kerana saya tak suka sikap mereka.”
“Saya harus jujur dalam analisis saya tentang Serge, itu satu kesilapan. Itu sahaja.”
Dalam dokumentari Amazon Prime – All Or Nothing, Mourinho pernah menyatakan bahawa beliau sangat risau Aurier akan memberikan penalti bodoh kepada lawan mereka.
Mourinho menyatakan dia risau untuk mengarahkan Aurier menjadi ‘marker’ kerana pemain itu ada potensi memberikan penalti yang tidak sepatutnya.
Jose Mourinho in all or nothing “I am really afraid Aurier will give away a shit penalty” #TOTLEI pic.twitter.com/WmvsJygUvg
— Football Stats (@Football_Stats7) December 20, 2020
Mourinho ketika itu berkata: “Aurier, saya risau dengan kamu sebagai marker. Kerana kamu berpotensi memberikan penalti bodoh dengan VAR.”
Saksikan momen itu di sini:
Mourinho telling Aurier he's afraid of him cuz he's capable of doing some shit penalty 😂😂😂. Classic. pic.twitter.com/jQlUMeVvZm
— Schröder #17 (@MrGarrincha) December 20, 2020
Siapa sangka Aurier memberikan penalti yang tidak masuk akal dalam aksi Leicester dengan tindakannya yang dianggap Mourinho di luar konteks perlawanan.
Aurier membolehkan Jamie Vardy meletakkan pasukan Leicester di hadapan pada masa kecederaan separuh masa pertama.
GOAL Spurs 0-1 Leicester (45+3 mins)
Jamie Vardy makes no mistake from the spot, following a foul on Fofana by Aurier#TOTLEI #THFC #COYS pic.twitter.com/F4hf0vW7er
— faster-Gooals (@FastetGooals) December 20, 2020
Dan Aurier memiliki statistik merisaukan apabila tiba kepada penalti.
Sejak musim lalu, Aurier telah memberikan 3 penalti kepada lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Hanya David Luiz yang lebih banyak daripada beliau dalam tempoh yang sama.
Serge Aurier has now given away three penalties since the start of last season in the Premier League, only David Luiz (5) has conceded more in that timeframe.
Jose Mourinho is probably looking at him like this in the dressing room right now… pic.twitter.com/QL2Fl05TeS
— Squawka Football (@Squawka) December 20, 2020
Selain daripada gol penalti Vardy, Spurs juga bolos menerusi jaringan sendiri Alderweireld.
Spurs tewas 0-2 di tangan Leicester. Kekalahan kedua mereka berturut turut.