Nordi Mukiele mungkin baru sahaja mencipta own goal paling kelakar dalam sejarah. Dia dengan selamber menanduk masuk hantaran De Bruyne.
Niatnya mungkin cuba menghantar bola kepada penjaga gol. Tapi seriuslah, dari jarak sedekat itu? Memang cari nahas. Mukiele ada beberapa pilihan lain dalam situasi tersebut.
Namun dia memutuskan untuk menanduk bola ke arah penjaga gol beliau sendiri.
Hasilnya sangat gila, di mana dia melakukan OG.
Aksi Manchester City dan Leipzig memang luar biasa. 9 gol terhasil. Purata 1 gol setiap 10 minit perlawanan. Aksi kejar mengejar antara kedua dua pasukan.
Pep Guardiola meraikan perlawanan ke-300 beliau sebagai pengurus Man City.
Leipzig ternyata agak malang dalam aksi ini. Selain daripada hari malang Mukiele, seorang lagi pemain Leipzig meraikan hatriknya dengan kekalahan.
Nkunku mencetak hatrik pertama dalam kariernya dan yang pertama dilakukan oleh mana mana pemain ke atas City sejak Lionel Messi beberapa tahun lalu.
Malang sekali, 3 kali Nkunku merapatkan jurang gol untuk pasukannya, tetapi terpaksa akur bahawa malam tadi adalah malam di mana kedua dua pasukan boleh dikatakan beraksi tanpa penjaga gol.
3 – Christopher Nkunku, who is the first RB Leipzig player to score a UEFA Champions League hat-trick, is only the second player to score one against Man City in the competition after Lionel Messi in October 2016. Footsteps. pic.twitter.com/WWnM3a3HI5
— OptaJoe (@OptaJoe) September 15, 2021
Nathan Ake meletakkan Man City di hadapan seawal minit ke-16. Namun 10 minit kemudian berlaku peristiwa tragis melibatkan Mukiele yang menanduk masuk bola De Bruyne.
Saksikan di pautan ini:
Vaya gol de Mukiele en propia xd. 2-0 gana el City al Leipzig. pic.twitter.com/pUo1xE8xbA
— U◢◤🇸🇪 (@BerunethRS) September 15, 2021
Mukiele sendiri seakan akan tidak percaya dengan apa yang berlaku, dia terus terbaring memikirkannya.
Selepas itu Nkunku merapatkan jurang gol pada minit ke-42. Tetapi Man City kembali dengan 2 gol di hadapan menerusi penalti Mahrez masa kecederaan separuh masa.
Separuh masa kedua, Grealish menjadikan kedudukan 4-2 dengan gol minit ke-56.
Nkunku sekali lagi merapatkan kedudukan kepada 4-3 pada minit ke-73. Sekaligus melengkapkan hatriknya.
Joao Cancelo menjaringkan gol kelima Man City pada minit ke-75.
Angelino dibuang padang pada minit ke-79. Sebelum Gabriel Jesus menjadikan kedudukan 6-3 sebagai skor akhir perlawanan.
Saksikan highlight aksi di pautan ini: