[VIDEO] Naluri Keibuan Tikus Ini Sanggup Melawan UIar Demi Selamatkan Anaknya

Setiap makhluk yang bergelar ibu, pastinya ada naluri keibuan mereka tersendiri. Tidak kiralah manusia mahupun haiwan.

Ada satu video yang menunjukkan bahawa contoh yang tidak ada penghujungnya kasih sayang ibu.

Ianya memaparkan seekor tikus yang cuba menyelamatkan anaknya daripada ular berbisa. Anak tikus itu sudah berada di mulut ular tersebut yang mahu melarikannya ke dalam hutan.

Dalam rantaian makanan, tikus memang makanan kepada ular. Dan sudah menjadi kebiasaan bahawa seekor tikus akan takut dan melarikan diri daripada ular.

Namun kali ini, seekor tikus ini menongkah arus itu. Di mana dia pergi menyerang ular yang cuba menculik dan memakan anaknya.

Usaha ibu tikus itu menyentuh hati netizen. Di mana iya telah menyerang ular itu tanpa rasa gentar.

Video yang dikongsikan oleh Susanta Nada itu menjadi tular. Ada yang menyatakan kapsyen terbaik untuk video itu adalah, kamu jangan sesekali mencabar ibu walaupun apa sahaja spesis kamu.

Tikus tersebut yang marah dengan perbuatan ular itu telah menyerang di bahagian ekor ular itu yang dipercayai sebagai salah satu kelemahan ular.

Ular tersebut akhirnya mengalah dan melepaskan anak tikus itu. Namun ibu tikus terus menyerang ular itu.

Video itu ditweet semula lebih 3,500 kali di Twitter.

Saksikan di sini:

Kasih sayang ibu itu tidak mengenal sempadan, kata seorang pemilik twitter yang dibalas dengan Tweet menyarankan agar segelintir ibu bapa era moden hari ini harus belajar daripada haiwan cara berhubung dengan anak anak mereka.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan