[Video] Naxto Kelihatan ‘Koyak’, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Perlawanan Perak bertemu JDT berakhir dengan keputusan seri 2-2. Terlalu banyak perkara menarik berlaku dalam pertemuan tersebut.

JDT adalah pasukan yang lebih baik dalam semua sudut sepanjang permainan. Mereka melakukan banyak percubaan bahaya -lebih dari 10 kali- namun Hafizul Hakim berada di tahap luar biasa.

9 percubaan pertama JDT sepatutnya boleh menghasilkan 5-6 gol, tiada yang silap lagi bagi pasukan tersebut selain dari prestasi Hafizul terlalu bagus.

Perak pula hanya memerlukan 2 percubaan tepat untuk mereka menghasilkan 2 gol. Perak mendahului 2-0 hasil 2 jaringan Guilherme de Paula. Selepas itu JDT menggandakan serangan bagi merapatkan defisit.

Serangan bertali arus membuahkan hasil apabila rembatan dalam kotak penalti dari Akhyar Rashid menembusi gawang Perak. Ia berlaku dari situasi kelam kabut di kawasan tersebut.

Pemain Perak mula hilang tumpuan selepas JDT berterusan melancarkan serangan. Chong Yee Fatt memasukan Idris Ahmad untuk berada sebaris dengan Shahrul Saad dan Shakir Hamzah di bahagian pertahanan tengah bagi menyerap tekanan.

Perak masih mendahului 2-1 selepas 90 minit masa permainan tamat.

Perak menerima padah kerana terlalu banyak permainanan berlaku dalam kotak penaltinya dan satu insiden menyaksikan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT.

Tidak berapa jelas insiden tersebut kerana handball atau kekasaran. JDT berjaya menyudahkan sepakan penalti itu. Keputusan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Berikut adalah video kejadian yang melihat JDT mendapat sepakan penalti pada masa kecederaan.

Sejurus wisel penamat ditiupkan, pemain JDT berlari mengerumuni pengadil perlawanan.

Tidak pasti apa yang dipertikaikan oleh pemain kerana pengadil sudah memberi 1 sepakan penalti. Mungkin beberapa sepakan penalti lagi yang sepatutnya diberikan.

Kekecohan itu terus berlaku ketika para pegaawai perlawanan masuk ke terowong menuju ke bilik persalinan. Dalam video tersebut Naxto kelihatan agak berang dan cuba ditenangkan oleh rakan sepasukan.

Beberapa kali dia dipegang supaya tidak membuat keputusan lebih buruk seperti berlari menuju ke orang yang dia marah.

Insiden panas melibatkan Perak lwn JDT bukanlah satu cerita asing dalam kancah bola sepak Malaysia. Pada tahun 2016, 2 penyokong JDT dan seorang jurufoto NSTP mengalami kecederaan akibat kekecohan berlaku berpunca dari masalah provokasi.

Kejadian bermula apabila kedua-dua penyokong pasukan mula mencaci dan berlaku aksi baling botol. Ia adalah rentetan dari ‘aksi panas’ tahun sebelumnya ketika bas pasukan Perak dirosakkan oleh penyokong lawan.

SIKAP TERPUJI PEMAIN KETIKA PERLAWANAN BERLANGSUNG

Walaupun kekecohan berlaku selepas perlawanan, namun sikap pemain kedua-dua pasukan boleh dipuji kerana tidak membawa emosi dalam permainan.

Naxto dan rakannya memberi fokus kepada pasukannya melancarkan serangan bagi mencari gol penyamaan. Tiada insiden tidak dimahukan berlaku.

Pemain Perak juga lebih fokus untuk mempertahankan kubunya dan juga tidak melakukan sebarang provokasi terhadap pemain lawan. Naxto mungkin tidak berpuashati dengan beberapa keputusan pengadil.

Sementara itu TMJ melontarkan pendapat melalui laman sosial, JDT sepatutnya meraih sepakan penalti lebih awal dalam perlawanan tersebut.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai