[VIDEO] Netizen Berbalah Adakah Lukaku Klaim Dirinya ‘Tuhan’ Depan Zlatan? Namun Brader Ni Ada Teori Lebih Power

Derbi kini memisahkan dua sahabat baik bertahun yang lalu menjadi musuh.

Dalam perlawanan sebelum ini Lukaku dan Ibrahimovic terlibat dalam konfrontasi dan hampir bertumbuk.

Detik tersebut sangat tegang dan agak ikonik.

Malah ada pelukis yang menjadikannya sebagai mural di kota Milan.

Romelu Lukaku cemerlang membantu pasukannya sekali lagi untuk menang ke atas AC Milan dan Zlatan. Lukaku menjaringkan 1 gol dan menyumbang 1 assis cantik kepada Lautaro Martinez.

Inter Milan menang 3-0 dalam aksi yang berpotensi menjadi penentu kepada persaingan kejuaraan Scudetto musim ini.

Lukaku menjaringkan gol ketiga pasukannya dengan satu larian dari tengah yang sangat kuat dan deras. Beliau merembat masuk dengan melencongkan bola dari luar ke dalam untuk menewaskan Donnarumma.

Lukaku kemudian menjerit sambil menunjukkan jarinya kepada dirinya sendiri dengan berkata: “Dio, diooo!”

Namun ada juga menyatakan Lukakku bukan nak claim dia god/tuhan, tetapi dia menjerit: ‘Io, Io’. Merujuk kepada ‘Aku, aku’ / It’s me, it’s me!’ merujuk bahawa dia akan membuatkan Milan menderita.

Dan ianya masih ditujukan kepada Zlatan Ibrahimovic.

Emanuel Rosu kemudian menulis: “Saya mendengarkannya berkali kali. Ianya boleh jadi Io yang merujuk sebagai saya atau Dio yang merujuk kepada God / tuhan.”

“Jelas sekali ianya ditujukan kepada Zlatan.”

“Sebab Zlatan sebelum ini menyatakan bahawa dia adalah ‘God’ di Milan, jadi mana mana perkataan di atas adalah masuk akal.”

Netizen mulai berbalah tentang kenyataan dan terjemahan tersebut.

 

Malah ada yang menyatakan Lukaku tak akan sesekali klaim dirinya Tuhan kerana Lukaku seorang yang alim dan taat kepada agamanya.

Namun di sebalik semua teori tersebut, dan perbalahan di luar negara,  muncul teori paling power iaitu daripada brader ni:

Pada Oktober tahun lalu, Zlatan menyatakan bahawa dia bukan King tetapi dia adalah God. Ianya adalah balasan kepada Tweet Lukaku yang mengiktiraf dirinya Raja baru di Milan.

“Milan tak pernah ada King, tetapi mereka ada God.”

 


Baca juga: Zlatan dan Lukaku Bergaduh Dan Saling Mencarut

Zlatan Ibrahimovic  dan Romelu Lukaku merupakan sahabat baik selama ini. Namun dalam aksi suku akhir Coppa Italia, kedua dua mereka saling bertengkar dan bersahut carutan panas ketika adrenalin menyerbu jiwa mereka.

Itulah yang berlaku dalam derbi Della Madonnina / Derbi Milan. Kawan boleh menjadi lawan.

Bekas rakan sepasukan Manchester United terlibat dalam pertengkaran ketika saat-saat akhir babak pertama.

Lukaku dan Ibrahimovic mulai bertikam lidah sebelum mereka saling bersemuka di hadapan pengadil Paolo Valeri.

Selepas kedua duanya dilayangkan kad dan dileraikan, Ibrahimovic terdengar berteriak pada Lukaku “Pergi mampos la sial kamu, kau keldai kecil.”

Lukaku terus mengejar Ibrahimovic di terowong dengan rakan rakan mereka berdua saling membantu mengawal kedau duanya.

Daily Mail melaporkan Lukaku tidak berpuas hati dengan Ibrahimovic yang dikatakan ada menyentuh tentang ibunya.

Zlatan turut mengutuk first touch Lukaku: “Aku bagi kau EUR500 setiap kali kau berjaya melakukan first touch dengan betul, cepat buat voodoo kau najis, kau keldai kecik.”

Pemain berusia 27 tahun itu dapat didengar memberitahu penyerang AC Milan itu “Aku akan menyetubuhi bini kamu, kau budak kecik, dan kau nak bercakap tentang ibuku !?”

“Eh siallah jai phuii.” (ni ayat tambah bagi sedap bukan dari mulut Lukaku).

Ibrahimovic berpuas hati kerana dia membawa pasukannya di hadapan pada rehat separuh masa menerusi jaringannya.

Namun pada separuh masa kedua, segalanya milik Lukaku dan Inter.

Zlatan dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Kolarov. Zlatan hanya sempat beraksi 13 minit pada separuh masa kedua.

Lebih malang buat AC Milan, selepas kehilangan pemain berpengaruh mereka, AC Milan memberikan penalti kepada Inter. Lukaku mengambil tugasan itu dan menyempurnakannya.

Masa tambahan diberikan 10 minit selepas pengadil cedera dan terpaksa ditukarkan. Lalu pada minit ke 90+7 Eriksen memastikan Inter mara ke separuh akhir dengan sepakan percuma cantik.

Inter mara ke separuh akhir. Menanti pemenang di antara Juventus ataupun SPAL.

Pergaduhan di antara Zlatan dan Lukaku bukanlah perkara yang diinginkan para peminat kedua dua pemain. Kerana sebelum ini kedua duanya saling melengkapi ketika di United.

Baca yang lain