Biasanya pemain yang menyiku pemain lain akan dikecam. Namun Gareth Bale pula dijulang sebagai wira oleh ramai peminat. Ini kerana menurut mereka Bale baru sahaja mengajar pemain yang dikaitkan dengan insiden rasis – Ondrej Kudela.
Kudela turun beraksi menentang Wales pada aksi sebelah Selasa. Dan dia tidak dapat meneruskan perlawanan selepas disiku Bale.
Pemain pertahanan berusia 34 tahun itu digantikan oleh Antonio Barak pada minit ke-87.
Kudela masih dalam siasatan UEFA berikutan kelakuannya sebelum ini yang dikatakan bersikap rasis ke atas Glen Kamara dalam aksi Europa League.
Di mana pemain itu dilaporkan mengangguk Glen Kamara sebagai monyet.
Wales menang dalam aksi tersebut menerusi tandukan lewat oleh pemain Manchester United, Daniel James. Serbia kecewa dengan kekalahan itu kerana mereka ternyata pasukan lebih baik di atas padang.
Mengulas insiden itu, pengulas Sky Sports berkata: “Saya pasti akan ada sejumlah besar komuniti bola sepak yang tidak begitu sedih melihat Kudela dihentam di kepalanya.”
“I’m sure there will be large sections of the football community that won’t be too upset to see him take a blow to the face."
– Last night's commentator on Kudela taking an elbow. 😬 pic.twitter.com/w7l5URjYRA
— Oddschanger (@Oddschanger) March 31, 2021
Saksikan insiden itu di sini;
Gareth Bale deliberately elbows Ondrej Kudela, the racist who abused Glen Kamara during Rangers' Europa League game. Gareth you Hero. pic.twitter.com/xuD5kqqlm9
— Red (@TaintlessRed) March 30, 2021
That’s class from Bale, Just clocked he willl he facing Granit Xhaka soon. Rest in piss Kudela.
— F R E D (@_InvincibleFred) March 30, 2021
Ada peminat menukar terma kad merah dengan panyiku untuk tagline: “Tunjukkan kad merah kepada rasisme”