[VIDEO] Netizen Pelik Bagaimana Pemain Gamba Osaka Ni Boleh Kad Merah

Liga Jepun sekali lagi mendapat perhatian dunia kerana mutu pengadilannya. Di mana dalam aksi di antara Kashima Antlers dan Gamba Osaka berlaku kad merah pelik melibatkan Patric.

Patric dilayangkan kad merah kerana cuba melepaskan diri daripada pelukan Yuma Suzuki.

Patric yang meronta ronta ditarik Suzuki dituduh pengadil sebagai berkelakuan ganas dan akhirnya menerima kad merah.

Ayase Ueda meletakkan Kashima Antlers di hadapan seawal minit ke-20. Penjaga gol seharusnya melakukan aksi lebih baik dalam gol tersebut.

Pasukan pelawat memang benar benar dominan secara keseluruhannya.

Namun tuan rumah menyamakan kedudukan menerusk Kosuke Onose hanya enam minit selepas gol pembukaan Ueda. Ini selepas dia menerima bola clearance daripada pertahanan lawan dan terus merembat masuk.

Pemain kontroversi dalam perlawanan ini, Yuma Suzuki kemudian kembali meletakkan Antlers di hadapan menerusi gol minit ke-30.

Berpunca daripada kesilapan pertahanan yang cuba bermain hantaran pendek pada fasa build up dari bawah, bola dirampas dan Yuma Suzuki menyudahkannya.

Insiden kad merah pelik

Kemudian pada minit ke-38, berlaku insiden di mana Suzuki menarik Patric. Sebaliknya Patric pula dibuang padang kerana dituduh menumbuk dan menyiku Suzuki.

Suzuki awalnya melakukan bentesan ke atas Patric. Patric tidak menjatuhkan dirinya sebaliknya terus bertahan dan cuba mengejar bola. Namun dia ditarik oleh Suzuki. Dalam keadaan meronta ronta Patric akhirnya mampu melepaskan diri. Namun malangnya, Yuma Suzuki menjerit menyatakan dia dikasari dengan disiku di mukanya.

Insiden itu membuatkan ramai menuduh Suzuki sebagai pelakon profesional yang memalukan. Mungkin kad kuning sudah memadai jika pengadil merasakan ada kontak ke atas Suzuki, menurut mereka lagi.

Namun lebih ramai yang merasakan pengadil buat kelakar dengan memberikan kad merah.

Separuh masa pertama berakhir 1-2 memihak Antlers. Beraksi dengan kelebihan seorang pemain pada separuh masa kedua, Antlers melakukan serangan bertali arus.

Mereka mendapat gol ketiga pada minit ke-66 juga sekali lagi menerusi Ayase Ueda.

Secara keseluruhan Antlers melakukan 35 shots ke kubu lawan dengan 12 percubaan tepat daripada 61% penguasaan bola.

Kekurangan seorang pemain benar benar memberikan kesukaran kepada Gamba Osaka.

Antlers menang 1-3 dan menjadi pendahulu Liga J pada hari pertama.

Saksikan highlight di sini: