Neymar mengalami kesakitan di buku lalinya selepas beberapa orang peminat fanatiknya menyerbunya dan secara tak sengaja melakukan sliding tackle ke atasnya.
Peminat peminat itu merempuh kawalan keselamatan sebaik sahaja melihat Neymar.
Remaja remaja itu kemudiannya telah meluru ke arah Neymar dan keadaan menjadi sukar dikawal apabila remaja remaja itu bertembung dan salah seorang terjatuh dan terbentes kaki Neymar.
Walaupun ramai menjangkakan Neymar mungkin akan berguling kesakitan seperti aksinya di atas padang, itu sebenarnya tidak berlaku. Neymar berdiri bak seorang wira sebenar walaupun merasai kesakitan.
Seorang peminat berpaut pada Neymar dan enggan melepaskan pemain tersebut. Seorang lagi meronta ronta.
Sehinggalah beberapa saat kemudian barulah Neymar lepas daripada insiden itu.
Neymar terhincut hincut berjalan selepas itu sambil memegang buku lalinya tanda kesakitan.
Keadaan itu merisaukan pengurusan Brazil. Ini kerana Neymar memiliki rekod kecederaan yang agak merisaukan. Namun Neymar dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.
Namun Neymar dilaporkan kehilangan sebelah kasutnya kerana insiden itu. Pengurus Brazil, Tite berasa lega. Kerana Neymar akan menjadi senjata utamanya dalam aksi berdepan dengan Ecuador – pada kelayakan Piala Dunia.
Neymar 🇧🇷 fans crossed the security and ended up running over the Brazilian. The PSG star limped into the hotel where his national team is staying. [@okdobleamarilla] #Neymar #PSG
pic.twitter.com/gRrLkpXO1x— RouteOneFootball (@Route1futbol) June 4, 2021
Neymar baru baru ini sudah menyatakan komitmennya untuk terus kekal bersama PSG. Beliau menutup pintu untuk kembali semula ke Barcelona.
Neymar merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia pada ketika ini. Beliau dikenali dengan skil dan kepantasannya ketika menggelecek.
Menjadikannya idola kepada ramai remaja yang mahu berjaya dalam bola sepak.
Namun pada beberapa hari lalu, Neymar dan Nike berperang berikutan isu kontrak. Sebelum ini Neymar menyatakan dia menamatkan kontrak dengan Nike kerana isu komersial.
Kenyataan itu dibidas Nike yang menegaskan bahawa sebenarnya Nike yang menamatkan kontrak Neymar kerana pemain itu dilaporkan tidak memberikan kerjasaman sebaiknya dalam siasatan kes perlecehan seksual ke atas seorang staf Nike.
Ayah Neymar menafikan anaknya seorang pencabul dan mencabar Nike untuk bersemuka dengan mereka di pengadilan.