[VIDEO] Neymar Melakukan Nutmeg & Gol Yang Memuaskan ini Dan Mencetak Hatrik

Neymar Jr menjadi watak utama dalam aksi PSG menentang Istanbul Basaksehir.

Aksi ditunda ke malam Rabu selepas ditunda kerana insiden rasis melibatkan pegawai keempat UEFA.

Di mana kesemua pemain keluar padang sebagai tanda protes. Ini adalah insiden pertama pemain protes keluar padang, setahun selepas UEFA memberikan kebenaran untuk pemain keluar padang jika ada serangan perkauman.

Agak ironi kerana insiden protes keluar padang secara rasmi itu melibatkan pegawai UEFA sendiri.

Beraksi di tempat sendiri PSG menang 5-1 ke atas Istanbul Basaksehir. Neymar mempamerkan salah satu persembahan individu terbaiknya.

Gol pertama Neymar adalah gol yang sangat β€˜Neymar’. Di mana pemain itu menggunakan kecerdikan dan kelicikannya menewaskan lawan dengan skilnya.

Neymar menerima hantaran di luar kotak penalti dan beliau melakukan nutmeg ke atas pemain lawan.

Neymar kemudian merembat lencong bola yang tidak dapat diselamatkan.

Korang lihat di sini gerakan yang sangat lancar dan memukau ini:

Neymar menambah dua lagi gol selepas itu untuk melengkapkan hatriknya.Β  Dua lagi gol PSG adalah sumbangan Kylian Mbappe.

Salah satu daripada gol Mbappe adalah penalti yang dimenangi oleh Neymar.

Neymar bermurah hati untuk mengorbankan hatriknya dengan memberikan tugasan itu kepada Mbappe.

Tetapi Neymar tepat mencetak hatriknya pada separuh masa kedua.

Neymar kini menjadi pemain pertama yang menjaringkan 20 gol UCL bersama dengan dua pasukan berbeza.

Kemenangan ini menyaksikan PSG mara sebagai juara kumpulan H. Istanbul Basaksehir sudah tersingkir daripada UCL dan tak layak ke UEL.

PSG akan diiringi oleh RB Leipzig. Manakala Man United akan beraksi dalama Liga Europa.

Baca yang lain