[VIDEO] Neymar Pinjam Boeing 747 Putera Al Waleed Untuk Ulang Alik Riyadh-Paris-Riyadh

Putera Al-Waleed Bin Talal merupakan manusia terkaya di Arab Saudi pada masa ini. Dan beliau adalah peminat tegar Al Hilal.

Menjadi orang yang mendesak kelab untuk mendapatkan pemain seperti Lionel Messi sebelum ini. Namun selepas Messi menolak, beliau meminta kelab mendapatkan Kylian Mbappe.

Namun selepas Mbappe menolak, akhirnya Al Hilal berjaya mendapatkan Neymar. Berita itu menggembirakan Putera Al-Waleed yang terus berpanggilan video dengan Neymar ketika pemain itu mahu terbang ke Riyadh untuk menyelesaikan urusan perpindahannya.

Putera Al-Waleed sempat mengalu alukan Neymar dengan berkata: “Selamat datang ke Al Hilal, kelab no.1 di Asia.”

Neymar dilaporkan akan menerima gaji sangat lumayan serta pakej bonus tidak masuk akal di Arab Saudi.

Neymar mendapat €160 juta gaji tetap setahun selepas cukai. Dia akan menerima €80,000 bonus setiap kali Al Hilal menang dan dia ada beraksi.

Kemudian Neymar akan diberikan rumah kediaman yang mewah dengan 25 bilik tidur.

Turut dilengkapi dengan kolam renang 40 x 10 meter yang turut ada 3 sauna.

Selain itu, Neymar juga dibekalkan dengan 5 orang staf sepenuh masa yang akan menguruskan rumahnya. Mereka ini digelar pengurus kediaman Neymar yang profesional.

Pemain Brazil itu juga dihadiahkan sebuah Bentley Continental GT, sebuah Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan yang dipercayai hadiah daripada manusia terkaya di Arab Saudi iaitu Putera Al-Waleed bin Talal. Di mana beliau merupakan peminat fanatik Al Hilal.

Dalam sesi facetime bersama Neymar, Putera Al Waleed sempat mengingatkan Neymar bahawa dia bermain untuk kelab terbaik di Asia.

Mana tidaknya, Al Hilal merupakan juara 4 kali Liga Juara Juara Asia, terbanyak dalam sejarah pertandingan.

Dan menjadi kelab paling berjaya di Arab Saudi setakat ini dengan 66 trofi buat masa ini.

Untuk menjaga keselamatannya, Neymar akan dibekalkan dengan pemandu peribadi selama 24 jam.

Lebih lanjut lagi, kesemua bil restauran, bil hotel dan pelbagai lagi perkhidmatan ketika Neymar sedang bercuti atau sedangn berehat tanpa perlawanan, akan ditanggung kelab.

Neymar hanya perlu menghantar resit untuk klaim balik duit itu daripada kelab.

Seterusnya dengan setiap post di media sosial yang mempromosi Arab Saudi Neynmar akan menerima €500,000.

Jika Neymar mahu pulang ke kampung halamannya ataupun mahu bercuti ke luar dari Arab Saudi, dia akan dibekalkan perkhidmatan jet peribadi yang mewah.

Sebelum ini Ighalo pernah menunjukkan bagaimana pemain bintang sepertinya dilayan dengan perkhidmatan jet peribadi mewah itu.

Terbaru Putera Al Waleed meminjamkan Neymar kapal terbang mewah peribadi miliknya Boeing 747 untuk pemain itu pergi ke Paris menyelesaikan beberapa urusan Neymar di sana.

Neymar diberikan layanan istimewa dan kelas diraja sepanjang penerbangan itu.

Neymar menggunakan kesempatan itu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan rakannya di PSG. Dan terus kembali semula ke Riyadh.

Lihat perkongsian Neymar di sini: