VIDEO: Nikmati Kesemua Gol Trio Mane, Salah, Firmino Setakat Ini

Salah satu sebab kelancaran sistem permainan Liverpool adalah kerana front three – nya yang power.

Semalam saya ada ulas tentang bagaimana 3 orang mamat ni beroperasi di barisan serangan hadapan Liverpool.

Kau mesti tak baca. Ye la, nak klik link pun malas kan. Geram je aku dengan kau ni.

Nah klik dulu, aku paksa kau klik, kalau kau tak klik lagi. Yang dah klik tu pun klik lagi:

Trio serangan Liverpool diterajui oleh 3 lelaki harapan kita semua iaitu dua laki orang dan seorang bujang.

Yang laki orang tu Mo Salah dan Firmino, dan yang masih tak bebini tu adalah Sadio Mane.

Kepantasan Sadio Mane dan Mohamed Salah dilengkapi dengan keupayaan Firmino mencipta ruang kepada mereka bertiga ni.

Pada musim ini trio mereka telah menghasilkan 20 gol setakat ini dalam semua pertandingan. Dah masuk bulan 11 ni bermakna sudah suku daripada kalendar musim ini telah dilalui.

Jom layan kesemua 20 gol mereka ni.

Baca yang lain