VIDEO: Ole Maki Lingard Yang Kerap Hilang Bola

Pertarungan di antara Manchester City dan Manchester United menjadi tumpuan pada aksi separuh akhir kedua Piala Carabao.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer menang di Etihad hasil jaringan tunggal oleh Nemanja Matic – yang kemudiannya dibuang padang pada separuh masa kedua.

Namun Manchester United tersingkir daripada persaingan kerana agregat.

Terdapat satu detik menarik perhatian ramai di dalam perlawanan ini.

Ini apabila Ole Gunnar Solskjaer menunjukkan sisi ganasnya di tepi padang.

Beliau bengang dengan Jesse Lingard yang berterusan hilang bola.

Ole Gunnar Solskjaer seringkali dilihat sebagai seorang yang berperwatakan lemah lembut dan mesra.

Malah Robin Van Persie menganggap Ole Gunnar Solskjaer sebagai seorang yang sangat baik dengan semua orang, membuatkan beliau seringkali tersenyum walaupun pasukannya sedang kalah. Itu yang tidak disukai RvP.

Van Persie kemudian meminta agar Ole Gunnar Solskjaer lebih garang untuk mengendalikan pasukan seperti Manchester United.

Mungkin sisi itu yang ditunjukkan Oleh pada kali ini. Beliau jelas sekali marah dengan Lingard dengan berkata:

“Jesse [Lingard]!!! sekali lagi [kau hilang bola] kau akan keluar.”

Ole menjerit ke arah Lingard dalam keadaan mencarut.

Dalam perlawanan ini Jesse Lingard kehilangan bola sebanyak lapan kali. Ia angka yang agak banyak untuk pemain seperti Lingard yang merupakan pemain kebangsaan England ataupun Three Lions.

Jesse Lingard sememangnya terkenal dengan kecuaian beliau dalam mengendalikan bola. Dan sering sekali hilang bola pada waktu yang penting.

Kehilangan bola yang kerap kepada pihak lawan, pastinya merencatkan gerakan berpasukan. Ia juga satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terlalu kerap.

Dalam aksi bola sepak Manchester City semalam, Jesse Lingard diturunkan di posisi nombor 10. Beliau kemudiannya digantikan dengan Andreas Pereira.

Namun marah Solskjaer itu bukanlah berdendam. Ketika Lingard dikeluarkan, beliau tetap megusap kepala anak muridnya itu.

Manchester United sudah dah mendapatkan Bruno fernandes. Maka selepas ini Lingard akan berhadapan dengan persaingan sengit bagi merebut tempat di dalam pasukan.

Manchester United akhirnya mengesahkan Bruno Fernandes milik mereka.

Mancheter United dalam kenyataan mereka berkata:

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan bahawa telah mencapai persetujuan dengan Sporting Clube de Portugal untuk perpindahan Bruno Fernandes.”

“Perjanjian kini tertakluk kepada proses pemeriksaan perubatan / medikal dan persetujuan terma peribadi.”

“Pengumuman selanjutnya akan dibuat dalam masa terdekat.”

Ramai juga penyokong Manchester United yang menjangkakan bahawa kehadiran Bruno Fernandes menandakan berakhirnya era Jesse Lingard dan Andreas Pereira di Man United.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.