[VIDEO] Pada Sesi Warm Up, Arnold Dan Jota Sudah Melakukan Gol Tandukan Tersebut

Diogo Jota tampil dengan bergaya untuk masuk dan merobek gawang Arsenal. Sepanjang malam Liverpool menguasai perlawanan namun tanpa penyudah berkesan.

Penyerang Liverpool, Diogo Jota memberikan impak segera dengan merobek gawang Arsenal sejurus sahaja selepas beliau dimasukkan.

Liverpool bertandang ke markas Arsenal, Stadium Emirates untuk aksi Liga Perdana Inggeris. Dan mereka menjaringkan 3 gol dan membawa pulang 3 mata berharga.

Liverpoool menguasai lebih 64% bola berbanding dengan Arsenal. The Reds turut melakukan 16 percubaan ke arah gawang dengan 7 daripadany tepat berbanding hanya 3 dari Arsenal dengan 2 sahaja yang tepat.

Selepas buntu separuh masa pertama, Klopp memasukkan Jota. Hanya 4 minit selepas masuk, Diogo Jota terus meletakkan Liverpool di hadapan dengan tandukan cantik, hasil umpanan cantik Trent Alexander Arnold.

Dengan badannya yang kecil, Jota menyelitkan dirinya dan mendapat gol dari celahan 2 bek Arsenal yang besar gedabak. Jota menyempurnakan gol menerusi tandukan bebas yang tidak dikawal oleh lawan.

Tidak lama kemudian, pada minit ke-68, Liverpool berjaya menggandakan kedudukan. Fabinho melakukan hantaran lolos yang gagal dipintas Gabriel Magalhaes yang melakukan bentesan.

Mohamed Salah terus menggelecek bola ke dalam kotak penalti dan menewaskan Leno dengan kaki kanannya. Salah memastikan Leno tertewas dengan menutmeg penjaga gol tersebut.

Gol ketiga Liverpool juga menerusi Jota – mengambil kesempatan daripada keadaan yang huru-hara di depan gawang Arsenal. Diogo Jota untuk melepaskan rembatan kaki kanannya dari jarak dekat selepas Mane hilang keseimbangan.

Liverpool memiliki beberapa peluang keemasan namun dinafikan oleh save kelas dunia oleh Leno.

Berbalik kepada gol pertama Liverpool, koresponden Alison Bender memuat naik video di mana Trent Alexander Arnold dan Diogo Jota seolah olah menyalin dan menampal / copy and paste gol yang mereka praktikkan ketika sesi memanaskan badan.

Trent dengan whipped cross dan Jota menyerang bola dengan larian off ball dari belakang. Saksikan di sini:

Lihat kepuasan Trent selepas mereka berjaya melakukan rutin itu di dalam aksi sebenar:

 

Baca yang lain