[VIDEO] Pada Usia 36 Tahun Ronaldo Melompat Setinggi Ini Untuk Skor Gol Tandukan Ke-133

Cristiano Ronaldo terus membuktikan bahawa beliau adalah ancaman sangat bahaya ketika di aerial duel.

Terbaru bintang Portugal itu menanduk masuk bola sebanyak dua kali dalam aksi menenang Crotone. Pada awalnya Ronaldop peluang keemasan yang mudah.

Namun siapa akan kisah kerana Ronaldo menebusnya dengan 2 gol tandukan selepas itu.

Ronaldo terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-38. Di mana beliau menerima umpanan silang daripada Alex Sandro.

Dan pada akhir separuh masa pertama, ianya lebih cantik. Ronaldo melakukan drive shot yang ditepis penjaga gol. Aaron Ramsey kemudian memenangi semula bola.

Ronaldo berlari masuk ke dalam kotak dan menerima hantaran Ramsey. Ronaldo menanduk deras bola tersebut.

Ramai memuji keupayaan pemain veteran itu utuk terus mengekalkan keupayaannya menanduk dengan lompatan setinggi itu.

Dengan tambahan 2 lagi gol tandukan dalam perlawanan ini, bermakna Ronaldo suadah menjaringkan gol tandukan sebanyak 133 kali dalam kariernya. LUAR BIASA!

Harus diingat bahawa beliau sudah bersia 36 tahun. Namun fizikal Cristiano Ronaldo masih sangat kompetitif bersaing dengan pertahanan lawan.

Ronaldo jga sudah mencetak 70 gol untuk Juventus, 18 assist da 24 kali beliau menjadi penentu kemenangan – sejak beliau menyertai pasukan gergasi Itali yang berpangkalan di Turin itu.

Rekod itu memang sangat luar biasa. Ronaldo memang dikenali dengan kemampuannya memenangi bola di udara dan menyerangnya dengan tandukan yang mengancam.

Dalam sejarah kariernya sudah beberapa kali Ronaldo melakukan tandukan dengan melompat sangat tinggi.

Juventus menang 3-0 ke atas Crotone. Satu lagi gol adalah menerusi Weston McKennie. Sekaligus merapatkan jurang dengan AC Milan yang berada di tangga kedua dengan beza 4 mata.

Sementara itu, Juventus 9 mata di belakang pendahulu Inter Milan dengan The Old Lady masih ada satu perlawanan dalam tangan.

Β 

Baca yang lain