[VIDEO] Pada Usia 74 Tahun, Atok Roy Ajar Cara Buat Splitting Pass Berkelas Dunia

Roy Hodgson telah memberikan tunjuk ajar kepada pemainnya cara melakukan splitting pass yang betul.

Roy Hodgson adalah pengurus paling senior di EPL pada ketika ini. Dan dia memiliki pengalaman sangat luas dalam arena pengurusan, kejurulatihan bola sepak.

Dalam satu sesi latihan, Hodgson bukannya pengurus yang hanya memberikan arahan, sama seperti jurulatih yang lain, dia juga memiliki kemampuan untuk menunjukkan contoh atau demonstrasi kepada pemainnya.

Pengurus Palace itu bercakap tentang cara mencipta peluang, dan kemudian melakukan hantaran yang benar benar cantik, melencong dan tepat sekali untuk menjadi satu assist.

Mustahil untuk untuk menghalang bola secantik itu, dengan ketepatan dan visi yang bagus.

Harus diakui, hantaran itu benar benar berkualiti tinggi, sehingga ada pemainnya yang menunjukkan reaksi kagum kepadanya.

Terutama sekali dia melakukannya sambil memberikan ceramah taktikal kepada pemainnya.

Peminat bola sepak ternyata tidak melepaskan peluang untuk memuji Atok Roy. Mana tidaknya, pada usia 74 tahun dia ternyata masih mempunyai kualiti di kakinya.

Ada peminat Palace yang berseloroh berkata: “Ok dah, Roy boleh sedia untuk beraksi di tengah lawan Brighton lepas ni.”

Sebelum ini Roy Hodgson turut menjadi perhatian dunia ketika dia tersengih ketawa di hadapan Guardiola ketika pasukan Crystal Palace mengikat City 2-2 menerusi penalti masa kecederaan.

Ianya dianggap salah satu detik yang legenda dalam EPL dan akan diingati sampai bila bila.