[VIDEO Padu] Jersi Away Manchester City: Diinspirasikan Dari Milan Buatan Manchester

Jersi terbaru Manchester City menimbulkan perbincangan yang menarik di kalangan peminat. Ada peminat menyatakan bahawa ianya adalah meniru jersi AC Milan. Ada peminat City menafikannya dan menyatakan bahawa dalam sejarah kelab mereka, memang dah ada jersi warna tersebut.

Video pengenalan jersi terbaru Manchester City menjelaskan segalanya. Memang jersi itu diinspirasikan dari Milan. Bukan baru sekarang ye. Diinspirasikan daripada pasukan Milan pada satu ketika dahulu.

AC Milan merupakan pasukan yang sangat sinonim dengan jersi merah hitam ataupun Rossonero atau rossoneri.

Pasukan tersebut memiliki sejarah yang tersendiri dengan England. Kerana ianya diasaskan oleh orang Inggeris iaitu Alfred Edwards dan Herbert Kilpin. Oleh sebab itu ada corak England dalam logo kelab mereka.

Manchester City pernah memakai jersi tersebut ketika memenangi Pila FA 1969 yang menjadi kejayaan indah pada masa itu. Dan dalam video tersebut, pengulas menyebut bahawa jersi mereka pada masa itu diinspirasikan daripada warna AC Milan.

Dalam video pengenalan jersi tersebut, kedua dua peminat Milan dan City menyebut tentang budaya dan produk bandar masing masing.

Namun masih juga Manchester City menyertakan nama legenda Milan seperti Paolo Maldini, Alessandro Nesta serta Filippo Inzaghi, dan juga gambar pasukan Milan 1899.

Terdapat dua peminat yang saling bersahutan memberikan informasi yang sangat kemas dalam video tersebut.

Peminat City ternyata tertanya tanya pada awalnya: “Diinspirasikan dari Milan?”

Lalu dijawab peminat Milan: “Si, Milano [Ya, Milan]. Rumah untuk gaya antarabangsa.”

Peminat City: “Namun ini adalah Manchester, rumah untuk muzik antarabangsa.”

Peminat Milan: “Gaya fesyen unggul.”

Peminat City: “Kasual sukan.”

Peminat Milan: “The last supper, Leonardo Da Vinci.”

Peminat City: “Inggeris sepenuhnya dalam semua perkara oleh Big Dave, karya agung sejati.”

Peminat Milan: “Kami suka merantau dengan bergaya.”

Peminat City: “Kami pun ada TRAMS juga kawan.”

Peminat Milan: “Tapi di Manchester selalu hujan, bukan?”

Peminat City: “Kamu mesti tak pernah dengar, matahari akan bersinar selepas petir.”

Peminat Milan: “1899 [Milan ditubuhkan].”

Peminat City: “1894 [City ditubuhkan],.”

Peminat Milan: “Nesta, Maldini, Inzaghi.”

Peminat City: “Bell, Lee Sumerbee.”

Peminat Milan: “Jersi merah hitam yang terkenal.”

Kemudian Erling Haaland berkata: “Diinspirasikan dari Milan, buatan Manchester.”

Peminat City: “Bagus kawan, kami akan mengambil alih dari sini.”

Saksikan video di sini:

Video pengenalan yang padu! Sarat dengan informasi dan humor sekali.

Jadi tiada isu ciplak. Cuma ada perkaitan dari segi rekaan kerana jersu City tersebut diinspirasikan daripada Milan.

Ada juga yang menyatakan, City mungkin mahu mengambil aura Milan untuk menjulang UCL pula. Formula yang sama mereka gunakan ketika menjulang Piala FA pada 1969 dulu.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.